WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

INILAH SEBABNYA KENAPA TIKUS SANGAT BERNILAI DI AFRIKA

Ketika zaman perang, selain daripada musuh di medan perang tikus juga merupakan satu ancaman besar


Back To Whats Hot

Secara umumnya, tikus dianggap sebagai haiwan perosak. Sekiranya anda dapati terdapat tikus berkeliaran di sesebuah restoran, itu bermakna restoran tersebut tersangat kotor. Kalau boleh, carilah restoran lain.

Ketika zaman perang, selain daripada musuh di medan perang tikus juga merupakan satu ancaman besar. Pelayaran kapal yang biasanya mengambil masa beberapa minggu atau bulan bermakna kapten kapal perlu memastikan kapalnya mempunyai bekalan makanan yang cukup.

Malangnya, tikus-tikus sentiasa merosakkan bekalan makanan yang disimpan. Bekalan makanan yang tercemar dengan serangan tikus ini merbahaya kerana berkemungkinan menyebarkan penyakit. Maka tidak hairanlah ketika zaman perang dahulu seekor kucing bernama Simon dianggap hero dan dianugerahkan pingat kehormatan atas jasanya memelihara bekalan makanan dan membunuh tikus-tikus yang menguasai salah sebuah kapal perang British.

Sesungguhnya setiap ciptaan Tuhan ada fungsinya. Pernahkah anda terfikir, apakah yang boleh dimanfaatkan daripada seekor tikus? Mungkin anda tidak tahu, selain dijadikan bahan ujikaji di makmal, tikus sebenarnya boleh dilatih sebagai skuad pengesan periuk api!

Penggunaan periuk api semasa zaman perang

periuk api landmine

Selain senapang dan bom tangan, periuk api juga merupakan antara senjata penting pada zaman perang suatu ketika dahulu. Ianya adalah sejenis bahan letupan yang diletakkan di atas tanah digunakan sebagai perangkap. Sesebuah periuk api akan meletup apabila sesuatu bebanan seperti manusia, kenderaan dan haiwan melaluinya.

Saiznya yang kecil dan sukar dikesan apabila diletakkan di tanah dan celah-celah semak menjadikannya begitu merbahaya. Periuk api juga biasanya digunakan untuk membina sistem pertahanan dan mengehadkan pergerakan musuh.

Malangnya, apabila perang tamat, periuk-periuk api yang dipasang ini masih lagi wujud di tempat asalnya. Menurut satu laporan, periuk api ini dipercayai masih lagi wujud di 58 buah negara di seluruh dunia. Setiap tahun, dianggarkan 4000 orang dipercayai terbunuh akibat terpijak periuk api ini.

Walaupun periuk api tidak lagi digunakan dan dihasilkan pada masa kini, usaha pelupusan periuk api ini sangat penting bagi memastikan tiada lagi orang awam yang terkorban kerena terpijak periuk api ini. Namun, usaha melupuskan periuk api ini bukanlah murah dan memakan belanja ratusan juta ringgit setiap tahun.

Cara mengesan periuk api

skuad pengesan periuk api 523

Apabila sesuatu kawasan itu disyaki mempunyai periuk api, skuad pelupusan periuk api akan mengesan kedudukan sebenar periuk api terlebih dahulu. Selain itu, periuk api juga biasanya diletakkan dalam kuantiti yang banyak dalam jarak yang berdekatan. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan kedudukan sebenar kesemua periuk api ini terlebih dahulu.

Cara konvensional yang biasa digunakan adalah dengan bantuan alat pengesan besi. Apabila terdapat kewujudan besi di bawah tanah, alat ini akan berbunyi. Walau bagaimanapun, penggunaan alat pengesan besi ini biasanya lambat kerana ianya kerap mengeluarkan bunyi terutamanya di kawasan yang sememangnya penuh dengan serpihan besi. Terdapat cara alternatif yang lebih pantas dan kurang berisiko iaitu menggunakan tikus sebagai pengesan periuk api.

Semenjak 1977, sebuah pertubuhan NGO iaitu APOPO, singkatan bagi Anti-Persoonsmijnen Ontmijnende Product Ontwikkeling telah melatih tikus sebagai skuad pengesan periuk api. Pengasanya, Bart Weetjens merupakan seorang peminat hamster, tikus dan haiwan seumpanya.

Beliau merupakan seorang pelajar yang telah mengembara ke banyak tempat di Afrika dan menyaksikan sendiri bagaimana periuk api ini telah membunuh banyak nyawa terutamanya di Angola. Mengikut rekod juga, dianggarkan 37 juta periuk api terdapat di seluruh Afrika dimana 10 juta daripadanya terdapat di Angola sahaja.

Mengapa tikus?

tikus dilatih untuk mengesan bom

Untuk tugasan pengesan periuk api ini, tikus daripada Afrika digunakan. Terdapat beberapa faktor mengapa tikus dipilih berbanding haiwan lain. Pertama, tikus merupakan haiwan yang kecil dan ringan. Kebanyakan periuk api akan aktif dan meletup apabila bebanan melebihi 5 kilogram berada di atasnya. Walaupun berbadan besar, berat badan seekor tikus Afrika ini hanya sekitar 1.5 kilogram sahaja, menjadikannya sesuai untuk tugasan seperti ini.

Selain itu, tikus juga mempunyai deria bau yang kuat dan mengagumkan. Ianya mampu mengesan kandungan bahan letupan yang ada dalam periuk api yang biasanya hanya seberat 29 gram. Seekor tikus mampu hidup selama 8 - 9 tahun , menjadikannya sebagai suatu pelaburan yang berbaloi kerana ianya boleh digunakan dalam tempoh yang lama. Kos melatih seekor tikus bukanlah murah dan menelan belanjan sekitar RM 26000.

Apabila sesuatu periuk api berjaya dikesan, tikus ini kemudiannya akan mengorek sedikit tanah untuk menanda kawasan tersebut. Tikus yang berjaya mengesan setiap periuk api biasanya akan diberikan insentif buah-buahan seperti pisang.

Adakah penggunaan tikus ini efektif?

Semestinya. Tikus yang dilatih oleh APOPO ini mampu mengesan periuk api dalam masa 20 minit sahaja untuk sesuatu kawasan yang biasanya mengambil masa 25 jam sekiranya dilakukan oleh manusia. Rekod yang dicipta oleh tikus APOPO ini juga sungguh membanggakan dimana secara keseluruhan, ia telah berjaya mengesan 105 000 periuk api dan membersihkan kira-kira 22 juta meter persegi kawasan daripada ancaman periuk api.

Selain Afrika, tikus ini juga telah berjaya mengesan kewujudan periuk api di beberapa negara antaranya Kemboja, Vietnam dan Thailand. Menariknya, daripada 111 tikus yang dilatih dan digunakan, tiada seekor pun yang terkorban semasa menjalankan tugas.

Sumber: Iluminasi