WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST

06.00am - 10.00am

10 JENIS IKLAN YANG SUSAH DAPAT 'APPROVAL' DAN TIDAK DISUKAI FACEBOOK

Tetapan dan fungsi Facebook Ads yang canggih juga membolehkan pemilik bisnes mengiklankan perniagaan mereka


Back To Whats Hot

Dengan jumlah pengguna aktif di Facebook yang sudah mencecah 2 bilion orang pada tahun 2017, Facebook sememangnya platform utama kebanyakan peniaga dalam talian mengiklankan produk mereka melalui Facebook Ads. Tetapan dan fungsi Facebook Ads yang canggih juga membolehkan pemilik bisnes mengiklankan perniagaan mereka kepada kelompok tertentu sahaja berdasarkan pelbagai faktor seperti jantina, umur, lokasi dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, mengiklankan perniagaan di Facebook tidak menjamin sebarang keuntungan kepada pemilik bisnes. Terdapat banyak faktor yang menjadikan sesuatu iklan itu berkesan antaranya penggunaan gambar yang menarik, tajuk yang memikat dan penulisan yang padat.

Selain itu, tidak semua bisnes yang diiklankan oleh Facebook akan dipaparkan. Kali ini, kami ingin berkongi beberapa jenis iklan atau bisnes yang diharamkan sama sekali untuk diiklankan di Facebook. Membuat iklan yang memaparkan bisnes yang disenaraikan ini akan menyebabkan iklan akan tidak diterima oleh Facebook.

1. Tembakau - Produk yang berkaitan dengan tembakau seperti rokok, rokok seludup, hookah, vape dan perkara seumpanya adalah dilarang sama sekali untuk diiklankan di Facebook.

2. Dadah - Marijuana merupakan sejenis dadah yang dibenarkan oleh undang-undang di beberapa negeri di Amerika Syarikat antaranya California, iaitu kawasan ibu pejabat Facebook. Walau bagaimanapun, pengiklanan produk dadah adalah diharamkan sama sekali di mana-mana kawasan di seluruh dunia.

3. Produk atau servis untuk orang dewasa - Iklan yang mempromosikan kelebihan perancangan keluarga adalah dibenarkan sementara iklan yang mempromosikan keseronokan membuat seks adalah dilarang. Sebagai contoh, iklan kondom dengan ayat "Amalkan seks selamat dengan pemakaian kondom jenama kami" adalah dibenarkan sementara iklan berbunyi seperti "Gunakan alat seks kami untuk seks yang lebih nikmat bersama pasangan anda" adalah dilarang sama sekali.

4. Kandungan yang mengelirukan - Iklan yang ditulis mestilah benar dan realistik. Sebagai contoh, iklan yang berbunyi "Ketahui cara untuk buang lemak di perut" adalah dibenarkan sementara iklan yang berbunyi "3 cara mengejutkan untuk kurangkan berat badan dalam masa yang singkat" adalah dilarang sama sekali.

5. Produk sistem pengawasan dan keselamatan - Facebook bukanlah platform untuk menjual barangan pengawasan keselamatan seperti kamera pengintip, penjejak telefon pintar, kamera pengawasan tersembunyi dan seumpamanya.

6. Kandungan kontroversi - Iklan yang boleh mencetuskan kontroversi tidak kiralah berkaitan topik politik, masalah sosial dan sebagainya untuk tujuan apapun adalah tidak dibenarkan untuk diiklankan di Facebook.

7. Iklan sebelum dan selepas penggunaan produk - Kebiasaannya, produk kecantikan dan kesihatan akan memaparkan testimonial keberkesanan produk dengan meletakkan gambar pengguna sebelum menggunakan produk dan selepas menggunakan produk. Iklan seperti ini dilarang keras di Facebook.

8. Penggunaan tatabahasa yang salah - Iklan yang dihasilkan perlulah nampak kemas dan tersusun. Facebook sama sekali tidak akan menerima iklan yang mempunyai tatabahasa yang salah dan susunan ayat yang tidak tersusun.

9. Senjata - Walaupun terdapat beberapa kawasan di Amerika Syarikat yang membenarkan pemilikan senjata dari segi undang-undang, Facebook mengharamkan sama sekali sebarang iklan berbentuk penjualan senjata.

10. Cryptocurrency- Peningkatan cryptocurrency seperti Bitcoin, LiteCoin, Ethereum dan lain-lain mengakibatkan kewujudkan banyak program-program atau skim-skim scam sehingga terlalu sukar buat pengguna untuk membezakan antara program yang betul dan scam. Buat masa ini Facebook telah mengharamkan sama sekali sebarang iklan yang mempromosikan servis atau skim berkaitan cryptocurrency.

Senarai di atas adalah hanya segelintir sahaja daripada puluhan jenis iklan yang diharamkan di Facebook. Untuk senarai penuh, boleh rujuk pada halaman rasmi Facebook Advertising Policies.

Sebagai sebuah platform media sosial dengan jumlah pengguna yang begitu ramai, pihak Facebook mengatakan polisi iklan yang dibuat ini adalah bagi melindungi pengguna daripada iklan yang mencurigakan dan iklan yang berbentuk scam. Pihak Facebook juga sentiasa mengemaskini polisinya berdasarkan maklumbalas daripada penggunanya.

Sumber: Iluminasi