WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

TAK MAHU BAYAR SEWA RUMAH, LELAKI TINGGAL ISTANA PASIR YANG DIBINA HAMPIR LEBIH 22 TAHUN

Seorang lelaki daripada Brazil, Marcio Mizael Matolias, 44, memutuskan untuk mendiami istana pasir dikawasan mewah Rio De Janeiro sejak 22 tahun lalu


Back To Whats Hot

Seorang lelaki daripada Brazil, Marcio Mizael Matolias, 44, memutuskan untuk mendiami istana pasir dikawasan mewah Rio De Janeiro sejak 22 tahun lalu.  Tindakan Matolias itu membuatkan dirinya terselamat daripada membayar sewa rumah selama lebih dua dekad.

"Saya dibesarkan di Teluk Guanabara dan tinggal di pantai. Orang lain perlu bayar sewa yang sangat tinggi untuk mendapatkan pemandangan menghadap laut, tetapi saya tak perlu bayar apa-apa dan sangat selesa duduk di sini."

Disana, Matolias dikenali sebagai Raja Marcio yang memegang tanggungjawab untuk membaik pulih istana jika terdapat sebarang kerosakan dan dia juga perlu menyiram istana pasirnya dengan air bagi mengelakkan daripada runtuh.

Kelihatan gah daripada pandangan luar, istananya itu berukuran tiga meter persegi serta dipenuhi buku disegenap bahagian.

"Kadang-kadang saya tidak dapat tidur di rumah kerana pasir menyimpan haba. Jadi, saya akan bermalam di rumah rakan. Namun, saya lebih suka tidur di sini walaupun terpaksa bermalam di tepi pantai," katanya."

Sumber: SiakapKeli