WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

KANAK-KANAK PEREMPUAN HEMBUS NAFAS TERAKHIR SELEPAS DIHUBUNGI KANYE WEST

Kanye turut memenuhi permintaan kanak-kanak itu dengan menyanyikan lagu kegemarannya, I Love Kanye


Back To Whats Hot

SEORANG kanak-kanak perempuan yang menghidap penyakit kanser menghembuskan nafas terakhir selepas dihubungi oleh penyanyi kegemarannya, Kanye West.

Sebelum ini, keluarga peminat cilik itu cuba menghubungi Kanye untuk menggembirakan hatinya tetapi usaha tersebut menemui jalan buntu.

Setelah Kanye mengetahui tentang perkhabaran tersebut, dia mengambil kesempatan untuk menghubungi peminat ciliknya itu menerusi sebuah panggilan video minggu lalu.

Kanye turut memenuhi permintaan kanak-kanak itu dengan menyanyikan lagu kegemarannya, I Love Kanye.

Peminat cilik itu nyata gembira dengan panggilan tersebut dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Sumber & Foto: TMZ