WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

BINTANG YOUTUBE DENGAN 15 JUTA PENGIKUT DIKECAM DI SELURUH DUNIA

Seorang Youtuber Amerika telah menerima bertan-tan kecaman selepas dia memuat naik satu video yang menunjukkan mayat


Back To Whats Hot

Seorang Youtuber Amerika telah menerima bertan-tan kecaman selepas dia memuat naik satu video yang menunjukkan mayat seseorang yang dipercayai telah membunuh diri di Jepun.

Video terbabit memaparkan Logan Paul dan rakannya di hutan Aokigahara di Mount Fuji, yang terkenal sebagai tempat membunuh diri.

Ketika merakamkan betapa 'berhantunya' hutan terbabit, mereka terjumpa dengan mayat seorang lelaki dan mereka terkejut tapi dalam masa yang sama berlawak.

Komen dari netizen menyifatkan video terbabit sebagai 'biadap' dan 'memualkan'.

Video yang dimuatnaik pada Ahad itu menerima berjuta-juta tontonan di Youtube sebelum diturunkan.

Logan Paul, yang mempunyai 15 juta pengikut di Youtube, memuat naik satu permohonan maaf di Twitter.

Dia kemudian memuat naik video permohonan maaf dan berkata: "Saya sepatutnya tidak memuat naik video terbabit. Saya sepatutnya menurunkan kamera dan berhenti dari merekod apa yang kami nampak.

"Saya malu dengan diri sendiri. Saya kecewa dengan diri saya sendiri." kata Logan.

Video 15 minit

Video 15 minit itu memaparkan beberapa siri posting dari Jepun dimana vlogger Amerika itu sedang di dalam penggembaraan bersama rakan-rakannya.

Mereka pergi ke hutan terbabit bagi memfokuskan aspek "berhantu", katanya dalam video terbabit.

Tidak lama selepas berjalan di dalam video terbabit, mereka terserempak dengan satu mayat. Kumpulan itu meneruskan kerja rakaman ketika mereka menghampiri mayat itu yang mana menunjukkan badan itu secara jarak dekat dan hanya muka sahaja diblurkan.

Salah seorang dari mereka kedengaran berkata bahawa dia 'tidak merasa ok'. Paul kemudian bertanya kepadanya: "Apa, kamu tak pernah berdiri disebelah orang mati?". Dia kemudian ketawa.

'Lelaki Sampah'

Pada Isnin, nama Logan telah menjadi tren secara global di Twitter. Biarpun beberapa orang berkata dia telah membantu menaikkan kesedaran mengenai bunuh diri, kebanyakan komen menghentam Paul.

Kebanyakannya menyifatkan Paul sebagai tidak mempunyai adab. Malah, akaun Twitter @Tokyo turut mengecam Paul dengan memintanya beredar dari Jepun.

Dalam pada itu, bintang Youtute PewDiePie berkata Paul memuat naik video itu bagi meraih like manakala bintang Game of Throne Sophie Turner menyifatkan lelaki itu sebagai bodoh.

Sumber: SiakapKeli.my