• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

ANAK DUTERTE AKHIRNYA LETAK JAWATAN


Back To Whats Hot

MANILA: Anak sulung Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, akhirnya meletak jawatan sebagai timbalan datuk bandar Davao.

Paolo Duterte mengambil keputusan itu selepas pembangkang mengaitkan beliau dengan kes penyeludupan dadah dan masalah peribadi membabitkan perceraiannya.

Beliau mengumumkan pengundurannya itu dalam satu sesi khas Majlis Perbandaran Davao.

Davao adalah kampung halaman Duterte dan datuk bandarnya adalah adik perempuan Paolo sendiri, Sara Duterte-Carpio.

"Saya dibelenggu beberapa insiden dalam hidup yang berkait rapat dengan kegagalan perkahwinan pertama.

"Ia termasuk reputasi yang tercalar membabitkan satu kes penyeludupan dan pertengkaran dengan anak perempuan saya," katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Pejabat presiden, pejabat datuk bandar dan anggota keluarga Paolo yang lain gagal dihubungi untuk mengulas lanjut. - REUTERS