WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

10 NEGARA MUNGKIN PINDAH KEDUTAAN KE BAITULMAQDIS


Back To Whats Hot

BAITULMAQDIS: Israel berurusan dengan 'sekurang-kurangnya 10 negara' berhubung kemungkinan memindahkan kedutaan mereka ke Baitulmaqdis selepas Amerika Syarikat mengiktiraf bandar raya itu sebagai ibu kota Israel.

"Kami berhubungan dengan sekurang-kurangnya 10 negara, sebahagiannya di Eropah untuk membincangkan pemindahan itu," kata Timbalan Menteri Luar Israel, Tzipi Hotovely.

Beliau berkata demikian sehari selepas Guatemala berkata ia akan memindahkan kedutaannya ke bandar raya itu, langkah yang disifatkan pegawai Palestin sebagai 'memalukan'.

Hotovely berkata, kenyataan Presiden Donald Trump akan 'mencetuskan gelombang' tindakan seumpama itu.

"Setakat ini ia baru di peringkat permulaan," katanya.

Beliau tidak menamakan negara berkenaan tetapi radio memetik sumber diplomat Israel sebagai berkata antaranya adalah Honduras, Filipina, Romania dan Sudan Selatan.

Dua pertiga negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Khamis lalu, mengundi resolusi menolak langkah kontroversi Trump itu, menegaskan status Baitulmaqdis perlu diselesaikan menerusi rundingan.

- AFP