WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

PAKAR MRA LAKAR SEJARAH BUAT PEMBEDAHAN KECEMASAN


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Hospital Lapangan Malaysia di Cox's Bazar, Bangladesh yang dibina kerajaan mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menyempurnakan prosedur pembedahan kecemasan kelahiran seorang bayi semalam.

Detik bersejarah itu dilakukan pasukan perubatan Malaysian Relief Agency (MRA) sekali gus menjadikannya pembedahan kecemasan atau Emergency LSCS pertama di bilik pembedahan di hospital terbabit.

Setiausaha Agung MRA, Dr Shahrizal Azwan Shamsuddin, berkata pihaknya mengucapkan tahniah kepada pasukan perubatannya yang menjalankan misi di sana.

"Misi ini sekali gus menyelamatkan ibu dan bayi berkenaan di kem pelarian Rohingya. Alhamdulillah bayi terbabit dilahirkan dengan berat 2.5 kilogram dan berada dalam keadaan sihat.

"Pembedahan itu diketuai Dr Alifah Mohd Zizi yang juga Pakar Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) dari Kementerian Kesihatan dan Setiausaha MRA Kelantan," katanya dalam satu kenyataan kepada BH, hari ini.

Katanya, Dr Alifah adalah seorang yang aktif menjalankan misi kemanusiaan di dalam dan luar negara bersama MRA.

"Kita sangat berbangga dengan pencapaian ini dan ingin merakamkan penghargaan tahniah kepada sukarelawan perubatan yang berada di sana.

"Kepada Dr Alifah, tahniah dan teruskan khidmat cemerlang untuk masa mendatang," katanya.

Kemudahan hospital dibina di kem pelarian Rohingya itu bulan lalu bagi membantu pelarian mendapatkan bantuan perubatan.

sumber : berita harian