WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

WANG KERTAS PERINGATAN KE-60 PERJANJIAN KEMERDEKAAN


Back To Whats Hot

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, BNM berkata ia adalah sebagai tanda penghormatan terhadap sumbangan Majlis (kemudiannya dikenali sebagai Persidangan) Raja-Raja yang merintis jalan ke arah merealisasikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Wang kertas peringatan itu dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Muzium dan Galeri Seni, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, di sini.

BNM berkata, wang kertas peringatan itu dikeluarkan dalam tiga jenis iaitu wang kertas sekeping RM600, wang kertas bercantum tiga dalam satu RM60 dan wang kertas sekeping RM60.

"Bagi wang kertas sekeping RM600, ia mempunyai nilai muka wang kertas bersaiz besar dan dijual pada harga jualan RM1,700 sekeping. Ia hanya dicetak sebanyak 6,000 keping sahaja.

"Bagi wang kertas bercantum tiga dalam satu, nilai muka wang kertas ini ialah RM180 dengan harga jualan RM500 sekeping. Sebanyak 6,000 keping sahaja dicetak.

"Bagi wang kertas sekeping RM60, nilai muka wang kertas sekeping ialah RM60 dan harga jualannya RM120 sekeping dengan hanya 60,000 keping sahaja dicetak. Semua harga yang dinyatakan sudah termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST)," katanya BNM.

Contoh wang kertas itu akan dipamerkan kepada orang ramai mulai Khamis depan di Muzium dan Galeri Seni BNM dan di pejabat BNM di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu.

"Bagi memastikan peluang sama rata untuk semua orang membeli wang kertas edisi terhad ini, pembelian akan dihadkan yang mana setiap pembeli boleh membeli sekeping wang kertas RM600, satu set wang kertas bercantum tiga dalam satu RM60 dan lima keping wang kertas RM60.

"Untuk memudahkan pembelian, orang ramai boleh membuat tempahan dalam talian mulai 5 Januari depan.

"Sekiranya jumlah tempahan melebihi jumlah yang ditawarkan, tempahan akan dilaksanakan melalui undian. Wang kertas peringatan yang bernombor siri istimewa itu akan dijual melalui lelongan awam pada 10 Mac 2018.

"Maklumat lanjut mengenai tempahan, lelongan, pembayaran dan tempoh pengambilan akan diumumkan melalui siaran akhbar sebelum tarikh jualan," katanya.

 

sumber : berita harian