WHAT'S NEXT

CATS MUZIK

10.00am - 02.00pm

TIGA TERMASUK LELAKI DAKWA USHER SEBAR PENYAKIT KELAMIN

Bintang R&B terkenal Usher menjadi bahan cemuhan peminat apabila namanya terpalit dengan skandal seks dan menyebarkan penyakit kelamin


Back To Whats Hot

BINTANG R&B terkenal Usher menjadi bahan cemuhan peminat apabila namanya terpalit dengan skandal seks dan menyebarkan penyakit kelamin iaitu herpes kepada tiga individu.

People melaporkan perkara itu terdedah apabila Usher, 38, cuba menyelesaikan saman yang difailkan seorang jurugaya wanita pada 2012 dengan membayar pampasan sebanyak AS$1.1 juta (RM4.72 juta) pada Julai lalu.

Menerusi saman yang difailkan, wanita itu mendakwa Usher disahkan mempunyai herpes sekitar 2009 atau 2010 dan gagal memaklumkan perkara itu kepadanya ketika mereka mengadakan hubungan seks.

Usher juga dilaporkan pernah membayar bil perubatan wanita itu untuk penyakit itu selepas dia disahkan dijangkiti penyakit kelamin itu pada 2012.

Tidak terhenti di situ, tiga lagi individu termasuk seorang lelaki mendakwa turut dijangkiti penyakit sama selepas mengadakan hubungan intim dengan penyanyi lagu You Make Me Wanna itu.

Peguam Lisa Bloom yang mewakili ketiga-tiga mangsa turut memfailkan saman terhadap Usher pada awal Ogos lalu bagi menuntut ganti rugi.

Dalam kertas dakwaan terhadap Usher, seorang wanita dikenali sebagai Quantasia Sharpton dan seorang lagi dikenali sebagai 'Jane Doe' mendakwa melakukan hubungan seks tanpa perlindungan tanpa mengetahui Usher mempunyai penyakit kelamin.

Lebih mengejutkan seorang lelaki, 'John Doe' turut mendakwa dijangkiti selepas mengadakan seks oral dengan bintang terkenal itu.

Bagaimanapun sehingga kini usher mengunci mulut daripada mengulas dakwaan dikenakan terhadapnya.

Dalam perkembangan lain, Usher menerusi Instagram memuat naik gambar bersama penerbit, Jermaine Dupri ketika berada di sebuah studio di Florida bagi merakamkan album terbaharunya.

- Sumber dari mStar