WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

#ADRENALIN KEMBALI DI RANCAK TV

Rancangan aksi sukan lasak, Adrenalin kembali dan kali ini boleh ditonton di saluran YouTube


Back To Sports Updates

Rancangan aksi sukan lasak, Adrenalin kembali dan kali ini boleh ditonton di saluran YouTube, Rancak TV dan juga di Facebook Astro AWANI.

Kali ini, rancangan tersebut lebih fokus kepada sukan papan selaju ataupun skateboarding dan dalam episod yang pertama, ia memaparkan aksi di kejohanan Vans Park Series (VPS) di Singapura.

Penerbit, Ian Johan Ariff melihat kepada peningkatan 'skate park' (taman papan selaju) di peringkat Asia di mana ia masih dikuasai Jepun dan kita jauh ketinggalan.

Atlet dari negara matahari terbit itu menguasai podium seperti tahun-tahun sebelum ini dan wakil tunggal negara dalam kategori lelaki, Arina Rahman mendapat tempat keempat.

Ia merupakan kali kedua Arina mendapat tempat keempat, sejak kelayakan peringkat Asia VPS 2019 yang pertama pada 2017, namun membaiki pencapaian tahun 2018 di mana Arina mendapat tempat ke-6.

Ketiadaan juara 2017 dan 2018, Kensuke Sasaoka tidak bermakna Jepun ketandusan bakat untuk terus menguasai podium.

Seperti sukan lain, kita tiada pelapis untuk park skateboarding kerana Arina merupakan atlet yang tinggal aktif dalam disiplin itu dengan menyertai kejohanan di seluruh dunia.

Malah Arina bakal mewakili negara ke Sukan SEA di Filipina hujung tahun ini dengan pingat sudah ada dalam genggamannya, melainkan dia gagal mempamerkan aksi konsisten di sana.

Arina setakat ini yang terbaik di Asia Tenggara dengan cabaran datang dari Indonesia yang mendapat sokongan padu dari kerajaan mereka untuk pembangunan papan selaju.

Namun, tuan rumah bakal menurunkan salah seorang peluncur mereka yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Jericho ‘Kiko’ Francisco Jr. untuk perebutan pingat emas.

Pengalaman Kiko lebih luas berbanding Arina memandangkan dia berpangkalan di pusat pembangunan papan selaju termaju di dunia.

Saksikan Adrenalin di saluran Rancak TV, jangan lupa untuk ‘subscribe’!

Sumber: AWANI