WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

LAPORTE BAWA BERITA BURUK BUAT CITY

Aymeric Laporte mengerang kesakitan selepas cedera di bahagian lutut kanan ketika aksi Manchester City menentang Brighton di Stadium Etihad


Back To Sports Updates

MANCHESTER, United Kingdom 1 Sept. - Biar pun menang 4-0 ke atas Brighton, Manchester City menerima berita kurang enak apabila salah seorang tonggak pertahanannya, Aymeric Laporte ditimpa kecederaan lutut yang membimbangkan.

Sambil menyifatkan Laporte antara bek tengah kiri terbaik di Eropah, pengurus City, Pep Guardiola mengakui pemain antarabangsa Perancis itu yang terpaksa diusung keluar pada minit ke-33 berkemungkinan besar terpaksa berehat panjang selepas ini.

“Dia kini berada di hospital. Keadaannya nampak tidak begitu baik. Saya masih belum mengetahui apa yang sedang dialaminya. Mungkin dalam sehari dua ini kami akan dapat pengesahan tentang keadaannya.

“Sehingga ini doktor pasukan masih belum memberi apa-apa laporan. Saya akan tunggu panggilan telefon daripada dia. Harap ia tidak seteruk Leroy Sane tetapi yang pasti dia perlu berehat dahulu selepas ini,” kata Guardiola.

Laporte yang baharu dipanggil buat kali pertama oleh Didier Deschamps menyertai skuad kebangsaan Perancis dijangka juga terpaksa melupakan untuk membuat penampilan sulung pada aksi antarabangsa minggu depan.

Ketiadaan Laporte pastinya memberi satu lagi tamparan hebat kepada pertahanan City yang masih belum ada pengganti kepada Vincent Kompany selain John Stone yang masih cedera.

Sumber: Utusan Online