WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

EVERTON MARA, BURNLEY TERSINGKIR

Pemain Everton, Fabian Delph mengawal bola dari pemain Lincoln City, John Akinde pada perlawanan pusingan kedua Piala Liga, awal pagi tadi


Back To Sports Updates

LONDON: Jaringan pertama Alex Iwobi di Everton membantu pasukan itu menewaskan Lincoln 4-2 dalam pusingan kedua Piala Liga, manakala Burnley ditunjukkan jalan keluar oleh Sunderland.

Everton yang hanya menjaringkan satu gol dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini dan tewas 2-0 di Aston Villa minggu lalu, ketinggalan selepas 20 saat sebelum bangkit untuk mendahului perlawanan 2-1.

Bruno Andrade menjaringkan gol penyamaan buat Lincoln pada minit ke-70 namun tandukan Iwobi dan jaringan Richarlison pada babak akhir permainan membolehkan anak buah Marco Silva mara ke pusingan ketiga.

"Ia adalah satu perlawanan yang sukar. Kredit harus diberikan kepada Lincoln. Apa yang penting adalah apa yang kami lalui. Kami menunjukkan semangat juang kami," kata Iwobi.

"Saya menikmati babak baharu dalam hidup saya. Kami ambil serius setiap perlawanan."

Pemain-pemain baharu Moise Kean, Djibril Sidibe, Iwobi dan Fabian Delph yang membuat penampilan penuh untuk Everton, namun pasukan pelawat berdepan masalah di Sincil Bank apabila Harry Anderson membuka jaringan bermula daripada gerakan Jack Payne.

Everton bangkit menguasai permainan namun perlu menunggu sehingga minit ke-36 untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma Lucas Digne.

Penyerang muda, Kean yang ditandatangani dari Juventus awal bulan ini dengan nilai 27.5 juta euro (RM128.4 juta) hampir menjaringkan gol dalam kancah bola sepak Inggeris sebelum tamat separuh masa pertama, tetapi percubaanya tersasar.

Everton kembali mendahului perlawanan pada minit ke-59 apabila Morgan Schneiderlin dikasari di dalam kotak penalti dan Gylfi Sigurdsson menyempurnakan sepakan.

Iwobi yang baru menyertai Arsenal menggantikan Theo Walcott, menanduk dari jarak dekat pada minit ke-81 disusuli jaringan sulung Richarlison hasil hantaran lintang Digne.

Sementara itu satu lagi kelab Liga Perdana, Burnley tersingkir apabila tewas 3-1 kepada kelab divisyen tiga, Sunderland.

Kasper Schmeichel menyelamatkan dua sepakan penalti untuk membantu Leicester menyingkirkan Newcastle selepas terikat 1-1 dalam tempoh permainan normal.

Bournemouth hampir tersingkir apabila terikat 0-0 menentang Forest Green, tetapi pasukan divisyen empat itu gagal menyempurnakan ketiga-tiga sepakan penalti mereka.

Sumber: Berita Harian