WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

SPURS TIDAK BOLEH HILANG MATA

Harry Kane mengingatkan Tottenham bahawa mereka tidak mampu keciciran mata lagi


Back To Sports Updates

LONDON 27 Ogos - Harry Kane mengingatkan Tottenham bahawa mereka tidak mampu keciciran mata lagi sekiranya ingin menyaingi Liverpool dan Manchester City selepas memulakan kempen musim ini dengan aksi kurang meyakinkan.

Spurs hanya menang satu daripada tiga aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris musim ini dan ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Liverpool.

Walaupun perjalanan musim ini masih panjang, penyerang Tottenham perlu segera beraksi secara konsisten.

“Lihat Liverpool dan City, mereka terus konsisten.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami perlu beraksi secara bersama untuk mendapatkan momentum bagi mencari sebanyak mungkin mata. Memang ini permulaan yang buruk buat kami tetapi perjalanan masih panjang.

“Saya ada bercakap mengenai hal ini pada minggu pertama musim ini. Liverpool menang pada Jumaat malam dan City menang keesokan harinya. Mereka meletakkan standard tinggi menerusi keputusan yang diraih dan kami perlu mengejar kemenangan khususnya di tempat sendiri.

“Sangat mengecewakan apabila kami gagal seawal perlawanan kedua tetapi tidak mengapa, ada banyak lagi perlawanan besar selepas ini,” katanya.

Sumber: Utusan Online