WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

NILAI PERPINDAHAN BUKAN ISU BESAR

Bintang Liverpool, Virgil van Dijk menegaskan nilai perpindahan 75 juta pound (RM381.01 juta)


Back To Sports Updates

ISTANBUL 14 Ogos - Bintang Liverpool, Virgil van Dijk menegaskan nilai perpindahan 75 juta pound (RM381.01 juta) ke atas dirinya bukan suatu isu besar selepas ia dipecahkan pada awal bulan ini.

Van Dijk menyertai Liverpool dari Southampton pada Januari 2018 dan nilai perpindahannya jelas mengejutkan ramai pihak.

Bagaimanapun, bintang Belanda itu membantu Liverpool merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara musim lalu dan menjadi calon untuk Anugerah Ballon d’Or.

Rekod itu bagaimanapun dipecahkan Manchester United selepas membayar 80 juta pound (RM406.41 juta) untuk mendapatkan pertahanan England, Harry Maguire.

Van Dijk yang akan berdepan Chelsea dalam saingan Piala Super UEFA, awal pagi esok tidak mahu terlalu memikirkan nilai perpindahan itu.

“Bagi saya ia bukan isu besar. Bukan sesuatu yang berada dalam kawalan pemain.

“Ia berlaku dalam pasaran perpindahan. Apa yang boleh kami lakukan ialah bermain dengan baik untuk pasukan.

“Ini yang saya lakukan dan ia berhasil setakat ini. Saya akan terus perbaiki diri dan menjadi pemain lebih baik,” kata Van Dijk.

Sumber: Utusan Online