WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

ARSENAL JUAL LAURENT KOSCIELNY KEPADA BORDEAUX

Laurent Koscielny enggan menerima tawaran baru daripada Arsenal


Back To Sports Updates

Arsenal mencapai persetujuan dengan Bordeaux untuk menjual pertahanan kelab itu, Laurent Koscielny kepada kelab Ligue 1 itu dengan bayaran yang boleh mencecah nilai maksimum 5 juta euro.

Koscielny mempunyai kontrak berbaki setahun bersama Arsenal dan tidak berhasrat untuk menjual pemain itu namun pemain Perancis itu menolak kontrak baru yang ditawarkan kelab London itu.

Pemain berusia 33 tahun itu menjalani ujian kesihatan pada Selasa, sebelum melengkapkan perpindahan selepas beraksi selama sembilan tahun di London.

Koscielny dipercayai menolak kontrak baru Arsenal yang dianggap tidak berbaloi dengan sumbangan dan kemampuannya, sekali gus enggan bersama dengan kelab itu menjalani latihan pra-musim di Amerika Syarikat.

Dia turut diarah untuk menjalani latihan bersama pasukan bawah 23 tahun Arsenal sebelum ditawarkan untuk kembali bersama pasukan senior.

Namun Koscielny tidak mengubah keputusannya untuk berhijrah keluar dari England.

Arsenal kini berharap untuk mendapat seorang pertahanan tengah baru bagi menggantikan Koscielny sebelum pintu perpindahan pemain di England tutup pada 8 Ogos, jam 5 petang.

The Gunners sudahpun mendapatkan empat pemain baru, Gabriel Martinelli dari Ituano, Dani Ceballos secara pinjaman dari Real Madrid, William Saliba dari Saint-Etienne dan Nicolas Pepe dari Lille.

Sumber: AWANI