WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST BABA'S

06.00am - 10.00am

PERPINDAHAN LUKAKU BERGANTUNG PADA DYBALA

Penyerang Manchester United, Romelu Lukaku bersetuju dengan gaji £8.2 juta pound


Back To Sports Updates

LONDON: Penyerang Manchester United, Romelu Lukaku bersetuju dengan gaji £8.2 juta pound (RM41.23 juta) setahun bagi perpindahan ke Juventus tetapi semuanya bergantung kepada Paulo Dybala.

Lukaku yang berasal dari Belgium bakal mengakhiri kariernya selama dua tahun di Old Trafford sebelum jendela perpindahan berakhir selepas pemain itu disisihkan jurulatihnya, Ole Gunnar Solskjaer.

Menurut laman web Goal di Itali, Lukaku bersetuju ke kelab juara Serie A itu dengan dia bakal memperoleh gaji £8 juta pound (RM41.23 juta) setahun di bawah bimbingan Maurizio Sarri, yang mahu membina semula skuadnya dalam pemburuan kejuaraan Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun perjanjian masih belum lagi lengkap berikutan ketidaktentuan masa depan Dybala.

Perpindahan Lukaku ke Juventus bergantung kepada persetujuan penyerang Argentina itu untuk bertukar ke Old Trafford pada musim panas ini.

Semalam, Dybala tiba di Turin bagi perbincangan dengan pengurus baru, Sarri apabila dia sendiri mahu menyelesaikan hal masa depannya dengan segera.

United berhasrat untuk mendapatkan Dybala apabila mereka cuba membuat suntikan baru kepada pasukan mereka musim hadapan. 

Dybala sudah kembali ke Turin selepas mewakili Argentina dalam saingan Copa Amerika di Brazil pada musim panas ini.

Sumber: Berita Harian