WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST BABA'S

06.00am - 10.00am

UNITED WAJAR LEPASKAN POGBA - IBRAHIMOVIC

Zlatan Ibrahimovic menggesa Manchester United melepaskan saja Paul Pogba jika pemain tengah itu sudah tawar hati berada di Old Trafford


Back To Sports Updates

LONDON: Zlatan Ibrahimovic menggesa Manchester United melepaskan saja Paul Pogba jika pemain tengah itu sudah tawar hati berada di Old Trafford.

Pogba, 26, sebelum ini menyatakan hasratnya mencari cabaran baru manakala ejennya, Mino Raiola pernah menyatakan bahawa bintang Piala Dunia Perancis itu mahu meninggalkan United.

Ibrahimovic berkata United wajar melepaskan pemain itu selepas dia dikaitkan pindah ke Real Madrid.

 

"Saya rasa jika jika sudah tawar hati, elok dia dilepaskan,” katanya kepada BBC.

"Biarkan dia membuat pilihan ke tempat lain, gunakan situasi itu sebaiknya dan kekalkan pemain yang mahu terus berkhidmat

"Bilik persalinan memerlukan pemain yang saling menghormati sesama pemain, mereka profesional dan mereka saling memahami situasi sesama mereka.

"Biarkan yang terbaik untuk kelab dan itulah yang sepatutnya diberikan tumpuan,” kata Ibrahimovic.

Sumber: Berita Harian