WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

MARCELO MAHU TINGGALKAN REAL

Marcelo mengejutkan Real Madrid dengan mengumumkan niat untuk meninggalkan pasukan itu


Back To Sports Updates

MADRID - Marcelo mengejutkan Real Madrid dengan mengumumkan niat untuk meninggalkan pasukan itu.

Pertahanan kiri Los Bloncos itu sudah bersama kelab itu selama 12 musim tetapi mendakwa, dia melihat masa depannya bersama kelab lain.

Marcelo, 31, mula menunjukkan penurunan prestasi tahun lalu dan membuatkannya dia tidak yakin untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Zinedine Zidane.

Bagaimanapun, Real Madrid tidak begitu bimbang dengan kekosongan yang bakal ditinggalkan Marcelo.

Beberapa kelab dilaporkan berminat untuk mendapatkan Marcelo termasuk Paris Saint-Germain, Arsenal, Juventus dan AC Milan.

Kesemua pasukan itu sudah menghubungi Real bagi menyatakan minat mereka.

Paris Saint-Germain dan Juventus sudah mula berbelanja pada musim panas ini dan menjadi pasukan pilihan untuk mendapatkan Marcelo.

Arsenal dilihat begitu terdesak untuk mendapatkan pertahanan kiri selepas mereka gagal mendapatkan Kieran Tierney dari Celtic.

Bagaimanapun, The Gunners berdepan masalah kewangan dan dijangka tidak mampu untuk mendapatkan Marcelo selain mereka tidak beraksi dalam Liga Juara-Juara.

Sumber: Utusan Online