• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

TINGGALKAN MAN UTD LUKAKU - MARTINEZ

Jurulatih Belgium, Roberto Martinez mahu penyerangnya, Romelu Lukaku tinggalkan Manchester United


Back To Sports Updates

LONDON: Jurulatih Belgium, Roberto Martinez menggesa penyerangnya Romelu Lukaku supaya meninggalkan Manchester United bagi melonjakkan semula kariernya.

Masa depan pemain berusia 26 tahun itu di Old Trafford menjadi perdebatan selepas mengharungi kempen mengecewakan di Old Trafford musim lalu.

Bekas penyerang Chelsea, West Brom dan Everton itu tidak berada dalam senarai pilihan pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer pada pertengahan kempen 2018-19 dan lebih mengutamakan penyerang England, Marcus Rashford.

Lukaku menamatkan kempen musim lalu dengan menyumbat 15 gol dalam 45 penampilan buat United dalam semua kejohanan selepas meledak 27 gol pada musim pertamanya bersama Red Devils musim lalu.

Dia kini dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Serie A, Inter Milan dan turut memberi bayangan pada minggu lalu yang perpindahan keluar dari Old Trafford bukan mustahil.

“Jelas dia perlu meninggalkan Manchester United,” kata Martinez kepada akhbar Belgium, Het Laatste Nieuws. “Ia akan menjadi perkara yang baik untuk kedua-dua pihak. Penting untuk Lukaku sekarang mendapatkan kelab yang tepat.”

Martinez sebelum dilantik mengendalikan skuad kebangsaan Belgium pernah membimbing Lukaku, yang juga penjaring terbanyak negaranya di Everton di mana dia menjaringkan 87 gol dalam 166 penampilan di Goodison Park.

United dikatakan meletakkan harga setinggi £80 juta (RM419.29 juta) untuk Lukaku yang sudah meledak tiga gol bersama Belgium dalam dua perlawanan kelayakan Euro 2020 awal bulan ini.

Sumber: Berita Harian