WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

CHONG WEI MAHU BAWA ISTERI 'HONEYMOON'

"Saya berhutang dengan isteri saya. Kami belum sempat bulan madu walaupun sudah tujuh tahun berkahwin."


Back To Sports Updates

JAGUH Badminton negara, Datuk Lee Chong Wei baru sahaja mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton kerana masalah kesihatan.

Mengulas perancangannya selepas bersara, Chong Wei berkata buat masa ini beliau hanya mahu berehat dan bersama keluarga.

"Saya berhutang dengan isteri saya. Kami belum sempat bulan madu walaupun sudah tujuh tahun berkahwin.

"Seperti yang anda tahu, sebagai atlet badminton saya lebih banyak menghabiskan masa untuk latihan dan menyertai pelbagai kejohanan. Sukan ini tidak membenarkan saya untuk berhenti atau berehat seminggu dan kemudian sambung beraksi semula. Saya terpaksa beraksi dan berlatih dan jarang mempunyai masa.

"Jadi mungkin selepas ini kami akan pergi bercuti dan tebus semula bulan madu kami yang tertangguh selain saya juga mahu meluangkan masa lebih banyak dengan anak-anak saya," katanya.

Bagaimanapun, Chong Wei tidak menolak kemungkinan dirinya akan terus menabur bakti dalam sukan badminton selepas bersara.

"Saya sudah beritahu Datuk Seri Norza, YB Syed Saddiq yang saya akan kembali dalam arena sukan ini kerana saya mahu terus menabur bakti kepada negara.

"Walaupun sudah bersara, saya akan terus bantu BAM. Mungkin saya boleh jadi sparring partner kepada atlet-atlet muda atau bantu perkara-perkara lain," tambahnya.

Di akhir sidang media, Chong Wei turut merakamkan penghargaannya kepada pihak media dan pihak-pihak lain yang selama ini tidak didendang kerana telah banyak membantu dalam melonjakkan karier badmintonnya.

"Saya akan merindui anda semua (media) sebab ini mungkin sidang medua terakhir saya. Saya akan merindui semua wartawan yang selama ini menyokong saya.

"Selain itu, saya juga akan merindui akademi badminton BAM, tapak untuk saya sampai ke tahap ini. Saya akan rindu itu akak cuci tandas, akan sapu lantai dan staff-staff lain dalam BAM kerana banyak tolong saya.

"Saya juga akan merindui penaja-penaja dan paling utama rindu sorakan seluruh rakyat Malaysia," ujarnya.

Sumber: Sinar Harian