WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

SALAH BERCUTI PANJANG DI LAUTAN

Mohamed Salah menunjukkan hasil tangkapannya semasa bercuti di sebuah lokasi yang tidak didedahkan


Back To Sports Updates

LONDON - Mohamed Salah membuktikan bahawa dia bukan sahaja cemerlang di atas padang tetapi juga mampu memancing ikan besar di lautan.

Bintang Liverpool itu memuat naik sekeping gambar di media sosial bersama ikan bersaiz besar yang baru sahaja dinaikkan dari laut.

Salah ketika ini sedang menikmati percutian di sebuah kawasan tropika yang tidak didedahkan bersama keluarganya selepas muncul juara Liga Juara-Juara bersama Liverpool.

Peminatnya segera memberi komen di media sosial bagi meraikan kejayaannya menaikkan ikan bersaiz lebih daripada satu meter itu.

“Awak berjaya tangkap saya...saya ikan yang awak cari itu,” tulis seorang peminat.

“Itu ikan yang besar. Ada apa-apa yang Mohamed tidak boleh lakukan,” tulis seorang lagi peminat.

Penyerang Liverpool itu dilihat meluangkan masa di atas sebuah kapal layar mewah di lautan terbuka dengan Salah memiliki masa rehat panjang dan hanya akan kembali bersama Liverpool, bulan hadapan.

Sumber: Utusan Online