WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

RONALDO, MESSI DARI PLANET LAIN - XHAKA

Ronaldo melengkapkan hatrik ke-53 dalam karier profesional dengan penuh bergaya untuk membantu Portugal menewaskan Switzerland


Back To Sports Updates

 

Christiano Ronaldo bukan berasal dari dunia, kata pemain tengah Switzerland, Granit Xhaka, yang melihat bintang Juventus itu masih menyinar bersama tonggak Barcelona, Lionel Messi, mengatasi semua bakat yang lain dalam bola sepak.

Ronaldo melengkapkan hatrik ke-53 dalam karier profesional dengan penuh bergaya untuk membantu Portugal menewaskan Switzerland 3-1 semalam, sekali gus mara ke final sulung Liga Negara-Negara UEFA.

Switzerland menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti kontroversi Ricardo Rodriguez yang memadamkan pendahuluan lawan hasil tendangan percuma Ronaldo pada minit ke-25, sebelum pemain berusia 34 tahun itu meninggalkan Estadio Do Dragao dengan dua jaringan pada lewat permainan.

Dan Xhaka akur dengan kehebatan penggempur itu yang melengkapkan catatan hatrik.

"Saya rasa kami melalui perlawanan yang baik. Kami adalah pasukan lebih bagus tetapi perbezaan dicetuskan oleh Ronaldo," ujar pemain tengah Arsenal itu.

"Sukar mempercayai kehebatannya. Tidak syak lagi dia salah seorang pemain terbaik dunia.

"Dia istimewa kerana sentiasa tahu ke mana anda mahu pergi dan segala pergerakan anda dibaca.

"Saya rasa kami dapat mengawalnya, namun dia aknhirnya menyumbat tiga gol dan kami kalah.

"Saya rasa kami patut berbangga dengan corak permainan kami ketika menentang sebuah pasukan yang bagus," tambahnya.

Sebelum perlawanan, Xhaka berpendapat bahawa aksi berdepan Ronaldo boleh disamakan dengan sewaktu menghadapi cabaran pemain yang menjadi sasaran Real Madrid, Eden Hazard, ketika kemenangan 4-1 The Blues dalam final Liga Europa minggu lalu.

Namun, selepas aksi kelmarin, pemain berusia 26 tahun itu mengakui bahawa Ronaldo dan Messi adalah pemain berbeza daripada pemain lain.

Ditanya sama ada Ronaldo adalah pemain terbaik dunia, dia menjawab: "Salah seorang. Bagi saya, anda mempunyai dua orang pemain terhebat. Mereka tidak berada di dunia.

"Kedua-dua pemain itu telah membuktikan kualiti mereka. Jika anda beraksi sebegini hebat pada usia 34 tahun, anda berhak menerima penghormatan.

"Dia menunjukkannya dalam setiap perlawanan, tidak kira saingan antarabangsa atau sewaktu mewakili Juve.

"Tidak mudah untuk menyekatnya dan dia memberikan detik sukar buat kami."

Sumber: AWANI