WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

BADMINTON: JOO VEN, PENG SOON-LIU YING KE SUKU AKHIR TERBUKA AUSTRALIA

Peng Soon-Liu Ying, selaku pilihan ketiga kejohanan, akan berdepan dengan pilihan keenam, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Soong Joo Ven dan beregu campuran profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berjaya mara ke suku akhir selepas melepasi pusingan kedua Terbuka Australia di Sydney Olimpick Park, pada Khamis.

Bermula daripada pusingan kelayakan, Joo Ven, 24, mengorak langkah dengan mengalahkan pemain Thailand, Sitthikom Thammasin 25, 23, 21-16 untuk mara ke kelompok lapan terbaik selepas melakar kejutan mengalahkan pemain utama Hong Kong, Wong Wing Ki, di pusingan pertama pada Rabu.

Bagaimanapun, Joo Ven, pemain ranking ke-72 dunia, berdepan dengan tugas getir untuk mengekalkan momentum apabila dijadual menentang pemain utama kejohanan, Chou Tien Chen dari Taiwan, pada Jumaat.

Tien Chen, selaku pemain nombor empat dunia, mengambil masa 42 minit untuk menempah slot suku akhir apabila menundukkan pemain Malaysia, Liew Darren, 21-17, 21-17.

Dalam pada itu, Peng Soon-Liu Ying mengambil 39 minit untuk menewaskan pasangan China, Ren Xiangyu-Zhou Chaomin, 21-19, 21-15.

Peng Soon-Liu Ying, selaku pilihan ketiga kejohanan, akan berdepan dengan pilihan keenam, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti dari Indonesia.

Pasangan Indonesia itu terpaksa berentap sehingga rubber set sebelum mengatasi gandingan Taiwan, Wang Chi-Lin- Cheng Chia Ya, 21-18, 12-21, 21-11 untuk mara ke suku akhir.

Sementara itu, empat lagi wakil negara tersingkir di pusingan kedua pada Khamis.

Selain Liew Darren, pemain perseorangan wanita, Soniia Cheah bertungkus lumus selama 64 minit sebelum tunduk kepada bekas pemain nombor satu dunia, Ratchanok Intanon dari Thailand, 25-23, 14-21, 11-21.

Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pula tewas kepada pilihan keenam, Han Chengkai-Zhou Haodong dari China, 21-17, 21-18 manakala beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tewas kepada psangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, 18-21, 21-19, 20-22.

Sumber: BERNAMA