WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST BABA'S

06.00am - 10.00am

LIVERPOOL KENA BANGKIT JIKA ENGGAN TERUS MERANA

Kekalahan kepada Barcelona merupakan satu ujian mental yang besar buat Liverpool apabila berkunjung ke Newcastle untuk aksi Liga Perdana Inggeris


Back To Sports Updates

LONDON 3 Mei - Liverpool perlu bangkit dengan semangat yang lebih tinggi susulan daripada kekalahan kepada Barcelona jika tidak mahu pula terlepas satu lagi gelaran iaitu kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Pertemuan menentang Newcastle di laman lawan malam esok, tiga hari selepas tewas 0-3 pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara Juara Eropah merupakan satu cabaran besar yang memerlukan fokus yang cukup berhati-hati memandangkan Manchester City hanya menunggu kesempatan untuk dimanfaatkan.

Pemain pertahanan Liverpool sendiri, Virgil Van Dijk mengakui pasukannya perlu bersedia dari segi mental untuk berdepan detik sukar dan mendebarkan ketika ini dengan tugas berat terpikul dibahu mereka.

“Saya rasa secara mentalnya semangat kami tidak sepatutnya terjejas. Saya sendiri tidak terjejas walaupun lawan Barcelona memang sukar. Tetapi kami ada perlawanan penting lagi selepas ini.

“Kami masih di landasan. Jadi kami kena pamerkan persembahan tanpa melepaskan sebarang gol (menentang Newcastle),” katanya.

Jika menang, Liverpool masih terpaksa menunggu aksi City-Leicester pada awal pagi Selasa untuk mengetahui nasib mereka.

Sumber: Utusan Online