WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

KUCHING FA RAMPAS TAKHTA LIGA M3

Bekas penyerang Sarawak, Zukarnien Poasa membuktikan sentuhannya masih berbisa apabila meledak dua gol untuk membantu Kuching FA


Back To Sports Updates

KUCHING: Bekas penyerang Sarawak, Zukarnien Poasa membuktikan sentuhannya masih berbisa apabila meledak dua gol untuk membantu Kuching FA membelasah Glory United FC 4-0 dalam aksi Liga M3 2019 di Stadium LADA, Langkawi pada Selasa lepas.

Penyerang veteran berusia 43 itu menjaringkan gol pada minit ke-74 dan 80 selepas dimasukkan pada separuh masa kedua.

Joseph Kalang Tie terlebih dahulu meletakkan Kuching FA di hadapan pada minit ke-19.

Anak didik Ideris Untong terus selesa apabila giliran Nur Aliff menjaringkan gol kedua pada minit ke-38.

Kemenangan itu membolehkan Kuching FA merampas kedudukan teratas liga daripada DDM FC selepas mengumpul 19 mata daripada tujuh perlawanan.

Setakat ini, Kuching FA telah mencatat enam kemenangan dan sekali seri tanpa kekalahan.

“Alhamdulillah, Kuching FA merealisasi kejayaan yang memang kita hajat untuk merampas takhta liga sebelum berehat panjang sempena Ramadan dan Syawal.

“Tahniah kepada semua pemain yang telah bekerja keras selama ini untuk memastikan kemenangan sekali lagi menjadi milik kita.

“Kita akan berusaha sehabis baik untuk mengekalkan kedudukan ini di perlawanan-perlawanan yang akan datang,” komen Ideris ketika dihubungi.

Kuching FA akan meneruskan kempen menentang SAMB FC pada 16 Jun depa di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Sumber: Utusan Borneo