WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

GOL TERPANTAS EPL 7.69S DICIPTA LONG

Shane Long merampas bola sebaik sepakan pertahanan Watford terkena tubuhnya sebelum menjaringkan gol terpantas dalam sejarah Liga Perdana Inggeris


Back To Sports Updates

WATFORD 24 April - Rekod baharu gol paling pantas dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) dicipta penyerang Southampton awal hari ini apabila Shane Long melakukan jaringan hanya selepas 7.69 saat permainan bermula.

Long, 32, bagaimanapun melakukan keajaiban itu secara tidak sengaja apabila sepakan pemain pertahanan Watford sebaik sepak mula terkena tubuhnya sebelum merampas bola dan menyumbatnya ke dalam gawang lawan.

Begitu pun gol tersebut gagal membantu Southampton mencatat kemenangan sebaliknya perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1 selepas Watford berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol lewat Andre Gray di penghujung permainan.

Sebagai rekod, pemegang gol terpantas sebelum ini adalah milik pemain pertahanan Tottenham Hotspur, Ledley King dengan 9.9s yang dilakukan pada Disember 2000 ketika menentang Bradford.

Sumber: Utusan Online