WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

FOWLER TAK YAKIN MANCHESTER UNITED DAPAT KALAHKAN MANCHESTER CITY

Bekas pemain Liverpool, Robbie Fowler tidak yakin Manchester United akan menafikan Manchester City dalam perlawanan 'derby'


Back To Sports Updates

 

Bekas pemain Liverpool, Robbie Fowler tidak yakin Manchester United akan menafikan Manchester City dalam perlawanan 'derby' mereka berdasarkan prestasi semasa, namun legenda Liverpool itu masih berharap.

Liverpool mengharapkan ihsan daripada seteru utama itu selepas skuad kendalian Jurgen Klopp berkenaan hanya berkelebihan dua mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan City berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

United akan berdepan aksi 'derby' di Old Trafford, awal pagi Khamis ini, selepas tewas enam daripada lapan perlawanan terakhir termasuk dimalukan Everton dengan kekalahan 0-4, hujung minggu lalu.

Fowler, yang dilantik sebagai ketua jurulatih kelab A-League Australia, Brisbane Roar, berkata amat susah untuk melihat United mengubah prestasi buruk mereka.

"Semua orang tahu yang kesetiaan saya tetap utuh untuk Liverpool dan saya fikir amat sukar untuk mereka melakukannya kerana anda boleh rasakan yang Manchester City mampu untuk menewaskan setiap lawan," katanya dalam sidang media.

"Mereka mempunyai baki empat perlawanan dan ia amat jelas mereka mampu untuk memenangi keempat-empat perlawanan itu.

"Berdasarkan prestasi mereka sebelum ini, anda tidak dapat lihat ia akan berlaku, namun perkara yang pelik sentiasa terjadi," katanya.

United kini sedang memburu slot kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan dengan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu ketinggalan tiga mata di belakang pasukan di tangga keempat, Chelsea.

Sumber: AWANI