WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

DUA PEMAIN KRIKET MUDA SARAWAK WAKIL NEGARA KE KEJOHANAN ANTARABANGSA

Dua pemain kriket muda, Mohammad Syukri Madeli, 18, dan Aairen Alam Chew, 15, membanggakan Sarawak apabila dipilih untuk mewakili skuad negara


Back To Sports Updates

KUCHING: Dua pemain kriket muda, Mohammad Syukri Madeli, 18, dan Aairen Alam Chew, 15, membanggakan Sarawak apabila dipilih untuk mewakili skuad negara bagi menghadapi dua kejohanan berbeza.

Mohammad Syukri dipilih menyertai Kejohanan Kriket Kelayakan Piala Dunia Bawah 19 Tahun Zon Asia yang akan berlangsung di ibu negara bermula hari ini hingga 19 April nanti.

Manakala, Aairen pula mewakili negara pada Kejohanan Kriket Bawah 16 Tahun Asia Wilayah Timur yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand mulai 18 hingga 19 April ini.

Kedua-duanya merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Setia, Jalan Muara Tabuan, Kuching.

Pasukan negara bagi Kejohanan Kriket Kelayakan Piala Dunia Bawah 19 Tahun Zon Asia akan bersaing dengan beberapa negara lain seperti Kuwait, Oman, Nepal, Singapura dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Hanya negara yang berjaya muncul juara dalam saingan itu kelak layak berentap di peringkat akhir Kejohanan Kriket Piala Dunia Bawah 19 Tahun.

Sementara itu, untuk Kejohanan Kriket Bawah 16 Tahun Asia Wilayah Timur itu, kem negara diundi berada dalam Kumpulan A bersama Nepal, Thailand dan Myanmar.

Sumber: Utusan Borneo