WHAT'S NEXT

CATS DRIVETIME

05.00pm - 09.00pm

RONALDO LEGAKAN JUVENTUS

Cristiano Ronaldo menandakan kepulangan semulanya susulan kecederaan dengan meledak gol berharga


Back To Sports Updates

AMSTERDAM: Cristiano Ronaldo menandakan kepulangan semulanya susulan kecederaan dengan meledak gol berharga di gelanggang lawan ketika Juventus terikat 1-1 dengan Ajax pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Jaringan Ronaldo berjaya membuatkan lebih 50,000 penyokong tuan rumah di Johan Cruyff Arena terdiam apabila bijak menanduk masuk gol pada penghujung babak pertama meletakkan Juventus mendahului.

Ia adalah gol ke-125 penyerang bintang Portugal itu dalam kempen Liga Juara-Juara.

Begitupun, kegembiraan pelawat tidak lama apabila pemain sayap Ajax dari Brazil, David Neres menyamakan kedudukan seminit selepas babak kedua bersambung sekali gus memberikan tuan rumah kelegaan.

Sekali pun permainan tambah rancak, dengan Juventus berpeluang menambah jaringan menerusi pemain gantian Douglas Costa tetapi sekadar menggegar palang, tiada tambahan jaringan dapat dijelmakan kedua-dua pasukan sehingga perlawanan berakhir.

Keputusan begitupun memberi kelebihan buat juara Itali itu menjelang aksi kedua di Turin, minggu depan dengan pemenang akan bertemu sama ada Manchester City atau Tottenham Hotspur di peringkat empat terbaik.

“Ronaldo menunjukkan yang dia berada di tahap yang berbeza. Masa dan gerakannya adalah berbeza daripada orang lain, tiada apa yang kamu boleh lakukan mengenainya,” kata jurulatih Juve, Massimiliano Allegri.

“Ajax memiliki kualiti yang hebat. Kami bergelut selepas mereka menjaringkan gol tetapi kami bertahan dengan baik dan menamatkan perlawanan dengan lebih baik.”

Ronaldo membuat penampilan pertama sejak mengalami kecederaan paha ketika beraksi bersama Portugal bulan lalu.

Ia adalah perlawanan pertama bersama Juve sejak meledak hatrik pada aksi peringkat 16 terbaik menewaskan Atletico Madrid pada Mac lalu dengan penyerang berusia 34 tahun itu memburu trofi keempatnya dalam tempoh empat musim.

Sumber: Berita Harian