WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

SOLSKJAER GUNA 'SEMANGAT 1999'

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berusaha menanamkan ‘semangat 1999’


Back To Sports Updates

LONDON: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berusaha menanamkan ‘semangat 1999’ dalam skuad kendaliannya dan percaya dengan meniru kejayaan yang diraih Red Devils ketika itu dapat memberi manfaat.

Pengendali kelahiran Norway itu mengambil contoh skuad United yang memenangi tiga gelaran pada musim 1999, selain kaedah yang digunakan pengurus legenda, Sir Alex Ferguson dalam versi pasukannya ketika ini.

Selepas melakukan kejutan dengan menyingkirkan Paris Saint-Germain pada pusingan terdahulu, Solskjaer percaya pasukannya boleh mencipta satu lagi kejayaan iaitu mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara menewaskan Barcelona.

“Kami mencabar diri kami setiap hari ketika latihan,” kata Solskjaer mengimbau situasi ketika beraksi di United. “Ada perbalahan dan tindakan dalaman yang saya tidak dapat lihat dalam pasukan lain.

“Kami tidak sesekali, tidak akan menerima sesiapapun berada di bawah prestasi ketika latihan. Kami menyepak satu sama lain dan kami perlu menang setiap hari.

“Ia kemudian beralih kepada hari perlawanan dan kami tidak pernah menyerah. Ada semangat berpasukan yang sukar dipercayai.

“Saya mahu semua pemain saya sentiasa memberi tekanan kepada satu sama lain dan menuntut 100 peratus sikap daripada mereka semua setiap hari. Itu satu-satunya jalan untuk meningkat dan juga untuk menang. Kami perlu melakukan sesuatu yang istimewa.”

United akan bertemu Barca pada aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis ini sebagai bukan pilihan selain berupaya untuk menghalang seteru tetangga, Manchester City meraih empat gelaran semusim.

Pada 1999, United yang dikendalikan Ferguson menjulang trofi Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara dan Piala FA.

Ironinya, gol kemenangan 2-1 United menewaskan Bayern Munich dalam saingan elit Eropah itu dijaringkan Solskjaer pada aksi yang berlangsung di gelanggang Barca, Nou Camp.

Sumber: Berita Harian