WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

SOLSKJAER AKAN KEKAL DI OLD TRAFFORD

Ole Gunnar Solskjaer mengikat kontrak selama tiga tahun bersama Manchester United


Back To Sports Updates

Manchester United melantik Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus tetap pasukan itu dengan kontrak tiga tahun.

Pengurus dari Norway itu dilantik sebagai pengendali sementara selepas kelab tersebut memecat Jose Mourinho pada Disember 2018.

“Saya lebih daripada teruja untuk diberi peluang mengendali kelab ini dalam jangka masa panjang,” kata Solskjaer.

Solskjaer, 46, pernah beraksi selama 11 musim bersama United sebagai pemain dan gol yang paling berharga dijaringkannya adalah gol kemenangan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Bayern Munich pada 1999.

Solskjaer juga pernah mengendali skuad simpanan United sebelum balik ke kampung halaman untuk menjadi pengurus pasukan Molde.

Sejak mengambil alih pada Disember tahun lepas, United hanya kalah sekali dalam 13 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan hanya dua mata dibelakang Arsenal yang menduduki tempat kelima.

United juga layak ke suku akhir UCL buat kali pertama sejak 2014 selepas berjaya bangkit daripada ketinggalan 2-0 dalam perlawanan pertama menentang Paris St-Germain.

Sejak Sir Alex Ferguson meletak jawatan sebagai pengurus United pada 2013, skuad the Red Devils menghadapi kesukaran untuk mencari pengganti yang sesuai.

Solskjaer menjadi pengurus keempat sejak Ferguson letak jawatan selepas David Moyes, Louis van Gaal dan Mourinho.

Sumber: AWANI