WHAT'S NEXT

CATS DRIVETIME

05.00pm - 09.00pm

CONOR MCGREGOR BUAT KEJUTAN, UMUM BERSARA DARI MMA

McGregor merupakan petarung pertama UFC yang memegang dua gelaran dunia serentak selepas menewaskan Eddie Alvarez


Back To Sports Updates

Bintang seni bela diri campuran (MMA) UFC Conor McGregor hari ini mengejutkan peminat dengan mengumumkan persaraannya dari sukan itu.

McGregor, 30 tahun, membuat pengumuman tersebut menerusi kenyataan ringkas di akaun Twitternya pada Selasa.

“Hi rakan-rakan, pengumuman ringkas, saya ambil keputusan untuk bersara dari sukan yang dahulunya dikenali sebagai ‘mixed martial art’ hari ini.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan sekerja saya. Dan sekarang ingin menyertai rakan-rakan lama yang telah bersara,” kata petinju dari Ireland itu.

 

 

Meskipun begitu, ramai yang agak skeptikal dengan pengumuman tersebut dan menyifatkan ia hanyalah 'taktik' untuk mempromosikan diri serta pertarungannya yang seterusnya.

Setakat ini juga masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak UFC mahupun presidennya Dana White.

McGregor merupakan petarung pertama UFC yang memegang dua gelaran dunia serentak selepas menewaskan Eddie Alvarez di Manhattan, New York pada 2016.

Kali terakhir dia bertarung ialah dengan jaguh Rusia, Khabib Nurmagomedov pada Oktober 2018, di mana dia tewas menerusi 'submission' pada minit 3.03 pusingan keempat.

Susulan kekecohan yang berlaku selepas perlawanan di UFC 229, McGregor dan Khabib kini telah didenda dan digantung pertarungan oleh Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada (NSAC).

McGregor didenda sebanyak AS$50,000 (RM205,355) dan digantung enam bulan, manakala Khabib pula didenda AS$500,000 (RM2,053,953) dan digantung selama sembilan bulan.

Sumber: AWANI