• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

'SAYA SETIA BERSAMA CHELSEA'

N'Golo Kante menjauhkan diri daripada spekulasi yang mengaitkannya dengan perpindahan ke Real Madrid musim panas ini


Back To Sports Updates

LONDON: N'Golo Kante menjauhkan diri daripada spekulasi yang mengaitkannya dengan perpindahan ke Real Madrid musim panas ini dan mendedahkan hasratnya untuk kekal lebih lama di Chelsea.

Real dikatakan berminat untuk membawa pemain juara dunia Perancis itu ke Santiago Bernabeu ketika pengurusnya, Zinedine Zidane bersedia untuk melakukan perubahan untuk kembali memberi cabaran di pentas domestik dan Eropah.

Begitupun, Kante menegaskan dia tidak akan meninggalkan Stamford Bridge kerana masih ada perkara yang belum dicapai bersama Blues.

“Saya di Chelsea dan saya masih mempunyai sasaran di sana, apa yang orang lain katakan di luar sana tidak penting,” kata Kante. “Ia tidak penting. Saya adalah pemain Chelsea dan saya fokus terhadapnya.”

Selain Kante, rakan sepasukannya Eden Hazard juga menafikan spekulasi yang mengatakan dia sudah bersedia untuk menandatangani perjanjian bersama Real musim panas ini.

Gergasi La Liga itu tidak bersembunyi betapa mereka meminati bintang Chelsea itu dan berharap untuk membawanya ke Sepanyol sejurus kempen musim ini berakhir.

Hazard begitupun akan memasuki tahun terakhir kontraknya pada Jun ini dan laporan mengatakan Real dijangka akan melancarkan satu lagi usaha dalam tempoh terdekat.

Sumber: Berita Harian