• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

SOLSKJAER DAPAT BERITA GEMBIRA MINGGU INI?

Manchester United semakin hampir untuk melantik Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus sepenuh masa


Back To Sports Updates

LONDON: Manchester United semakin hampir untuk melantik Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus sepenuh masa kelab itu, menurut laporan media di England.

Sekali pun pengurusan Red Devils masih mengunci mulut, difahamkan kelab itu akan mengesahkan jawatan pengendali berusia 47 tahun itu pada minggu ini.

Sejak mengambil alih tugas secara sementara menggantikan Jose Mourinho pada Disember lalu, Solskjaer sudah mengemudi United meraih 14 kemenangan daripada 19 perlawanan.

United berkata sebarang keputusan akan dibuat sebelum kempen musim ini berakhir tetapi pengumuman itu boleh tiba lebih awal bagi menamatkan semua spekulasi.

Pemain tengah United, Nemanja Matic antara yang lantang bersuara dengan menggesa pengurusan kelab untuk mengesahkan pelantikan Solskjaer, pembantunya Mike Phelan serta Michael Carrick dan Kieran McKenna.

“Saya fikir dia pengurus yang hebat,” kata Matic. “Saya akan gembira jika dia kekal dan saya berharap seperti itu. Tetapi kamu perlu berkata perkara yang sama terhadap Mike, Michael dan Kieran, mereka semua bekerjasama dengan bagus. Bukan Ole seorang.”

Solskjaer ketika ini menghabiskan masanya bersama keluarga di Norway ketika rehat antarabangsa manakala Phelan berkunjung ke Australia bagi memenuhi peranannya sebagai Pengarah Sukan kelab Central Coast Mariners.

Sumber: Berita Harian