WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

JOSEPH KALLANG WIRA KUCHING FA

Dua gol dihasilkan oloeh penyerang berpengalaman, Joseph Kallang Tie membantu pasukan Kuching FA


Back To Sports Updates

KUCHING: Dua gol dihasilkan oloeh penyerang berpengalaman, Joseph Kallang Tie membantu pasukan Kuching FA memulakan kempen Liga M3 dengan langkah kanan selepas membenam Ultimate FC, 2-0.

Beraksi di Padang Pulapol, Kuala Lumpur petang semalam, kedua-dua pasukan bermula baik dengan memiliki peluang seimbang untuk menjaringkan gol.

Namun, tuah lebih memihak pasukan pelawat apabila Joseph membuka jaringan pertama pada minit ke-15 selepas menyambar bola muntah dalam dakapan penjaga gol lawan.

Kuching FA semakin selesa di depan selepas Joseph meledakkan gol kedua pada minit ke-50 berpunca daripada sepakan sudut Ahmad Shakri Tuah.

“Alhamdullillah, kita berjaya beroleh tiga mata pertama. Perlawanan cukup sengit dengan kedua-dua pasukan mempunyai peluang sama rata.

“Namun, kredit kepada pemain-pemain kita kerana walaupun berdepan tentangan sengit daripada tuan rumah masih dapat memperaga corak permainan kemas dan baik sekali gus memastikan beroleh kemenangan sulung,” komen pengurus pasukan, Fazzrudin Abdul Rahman ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Kuching FA Ideris Untong memuji barisan pemainnya kerana berjaya mengikut apa yang telah dirancang dengan baik dalam perlawanan semalam.

Lawan Kuching FA seterusnya pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan berlangsung pada 30 Mac ini di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini.

Sumber: Utusan Borneo