• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

KUCHING FA IKRAR BERIKAN YANG TERBAIK

Pemain Kuching FA jelas bersemangat semasa sesi latihan semalam menjelang pertemuan sulung Liga M3 menentang Ultimate FC esok


Back To Sports Updates

KUCHING: Tonggak penyerang Kuching FA, Joseph Kalang Tie mengingatkan rakan sepasukan agar tidak memandang rendah keupayaan Ultimate FC pada aksi pembukaan Liga M3 di Padang PULAPOL Kuala Lumpur, petang esok.

Bekas penggempur kebangsaan itu berkata, memang menjadi misi pasukan untuk meraih kemenangan pertama namun beliau percaya tuan rumah tidak akan memberi laluan mudah kepada mereka.

“Setiap pasukan termasuk Kuching FA sendiri memang mengimpikan kemenangan pertama dan ia cukup penting sebagai penanda aras kempen kita tahun ini.

“Namun, ia tidak bermakna kita terlalu yakin dan memandang rendah keupayaan Ultimate FC kerana kita tidak tahu kekuatan dan kelemahan pasukan itu.

“Saya percaya, pihak lawan juga mahu memburu kemenangan dan sudah tentu mereka tidak akan memberi laluan mudah kepada kita,” katanya ketika ditemui semasa sesi latihan semalam.

Joseph bagaimanapun berikrar untuk memberikan yang terbaik membantu pasukannya mencuri mata dari perlawanan sulung itu.

Mengakui ia bukan tugas mudah kerana sokongan padu penyokong sendiri pasti menyemarakkan semangat pemain Ultimate FC untuk memberikan tentangan sengit kepada Kuching FA.

“Apapun saya bersama rakan sepasukan sudah cukup bersedia dari segi mental mahupun fizikal untuk menghadapi perlawanan ini dan akan cuba memberikan yang terbaik memburu kemenangan,” katanya lagi.

Perlawanan itu akan bermula pada jam 4.45 petang.

Sumber: Utusan Borneo
oleh Harry Ilias