WHAT'S NEXT

CATS UJUNG MINGGU

01.00pm - 04.00pm

CHELSEA SINGKIR KIEV DARIPADA LIGA EUROPA

Jaringan hatrik Olivier Giroud membolehkan Chelsea menyingkirkan Dynamo Kiev dalam kempen Liga Europa


Back To Sports Updates

LONDON 15 Mac - Jaringan hatrik Olivier Giroud membolehkan Chelsea menyingkirkan Dynamo Kiev dalam kempen Liga Europa musim ini selepas menewaskan kelab Ukraine itu dengan keputusan 5-0 ketika saingan 16 akhir kedua untuk agregat 8-0, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Kiev itu menyaksikan Chelsea memulakan saingan dengan kelebihan agregat 3-0 daripada aksi 16 akhir pertama sekali gus selesa untuk menguasai permainan biarpun di tempat lawan.

Chelsea tidak menunggu lama untuk mendapatkan jaringan awal di Kiev apabila Giroud meledak gol pada minit kelima sebelum menambah gol kedua pada minit ke-33 dan menjadikan kedudukan 3-0 menerusi Marcos Alonso pada minit ke-45.

Giroud melengkapkan hatriknya pada minit ke-59 sebelum Callum Hudson-Odoi meraih jaringan kelima Chelsea pada minit ke-78.

Sumber: Utusan Online