WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

ZIDANE KEMBALI PIMPIN REAL

Zidane kembali dilantik menjadi jurulatih Real selepas pasukan itu mengalami masalah prestasi musim ini


Back To Sports Updates

MADRID – Ketua jurulatih Real Madrid yang baharu, Zinedine Zidane berjanji akan merombak keseluruhan skuad The Galacticos bagi memastikan kelab berkenaan kembali digeruni pada musim ini.

Legenda Real itu kembali menjadi orang No. 1 di Santiago Bernabeu menerusi kontrak selama tiga tahun setelah bekas pengendali, Santiago Solari dipecat pada Isnin ekoran kegagalan mengemudi juara Eropah itu pada tahap yang memberangsangkan.

Dalam tempoh seminggu, Real tersingkir pada saingan Liga Juara-Juara selepas tewas mengejut kepada Ajax Amsterdam pada pusingan­ kalah mati, malah mereka juga disingkirkan oleh Barcelona pada aksi Piala Raja Sepanyol yang mana pa­sukan sama turut menumbangkan Real sekali lagi pada aksi La Liga.

Kemerosotan prestasi tersebut menyaksikan penyandang juara hatrik Liga Juara-Juara itu hampir pasti akan menamatkan saingan liga tanpa sebarang trofi kejuaraan.

“Perkara ini akan berubah de­ngan pelbagai cara. Sekarang ini perkara yang paling penting ialah saya telah kembali. Ini adalah masa untuk saya berbincang dengan Real tentang perkara yang harus dilakukan bagi menyelamatkan pasukan ini,” kata Zidane.

Bekas pemain antarabangsa Pe­rancis itu bersetuju untuk kekal di Real sehingga 30 Jun 2022.

Dalam pada itu, Zidane mengakui bersetuju untuk kembali mengemudi Real selepas melihat prestasi bekas pasukan bimbingannya itu terumbang ambing.

“Apabila presiden (Florentino Perez) menghubungi, saya tidak mampu untuk menolak permintaannya untuk kembali ke Real. Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa mengenai keadaan Real yang kucar-kacir.

“Ini kerana setiap pengurus yang dilantik sudah tentu mahukan yang terbaik untuk pasukan mereka,” katanya.

Sumber: Kosmo Online