WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

MAGIS SOLSKJAER TERSERLAH

Ole Gunnar Solskjaer menyatakan pasukannya sering percaya mereka mampu melakar kebangkitan menentang Paris Saint-Germain untuk layak ke suku akhir


Back To Sports Updates

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menyatakan pasukannya sering percaya mereka mampu melakar kebangkitan menentang Paris Saint-Germain untuk layak ke suku akhir Liga Juara-Juara.

United tewas aksi pertama 0-2 di Old Trafford namun mengalahkan juara Perancis itu 3-1 di Paris awal pagi tadi untuk mara ke suku akhir menerusi kelebihan gol di tempat lawan.

“Kami sering percaya, inilah kuncinya,” kata Solskjaer kepada wartawan.

“Kami membuat perancangan... ia mengenai usaha mendapatkan gol pertama serta masih mampu bersaing dengan berbaki 10 minit,” jelasnya.

Romelu Lukaku meletakkan United di depan selepas dua minit dan sekalipun PSG menyamakan kedudukan, penyerang Belgium itu mencetak gol keduanya sebelum rehat dan gol penalti Marcus Rashford pada masa kecederaan memastikan kemenangan mengagumkan.

Ia meneruskan transformasi menakjubkan United sejak Solskjaer mengambil alih sebagai pengurus sementara daripada Jose Mourinho, Disember lalu dan pengendali dari Norway itu dijangka memegang jawatan itu secara kekal.

“Satu masa yang fantastik bersama pemain dan staf yang bekerja dengan saya. Saya akan menikmati tugas ini selama mana mungkin, saya akan sentiasa tersenyum,” kata Solskjaer.

“Saya akan melaksanakan tanggungjawab ini sebaik mungkin.”

Kemenangan itu lebih mengejutkan memandangkan United turun tanpa beberapa tonggak utama kerana kecederaan dan penggantungan, termasuk pemain tengah Perancis, Paul Pogba.

“Hakikatnya kami berdepan masalah kecederaan dan penggantungan mungkin ia perkara yang bagus hari ini kerana kami mempunyai pasukan yang cergas,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro