• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

RASHFORD YAKIN UNITED BOLEH

United muncul pasukan pertama mengatasi defisit 0-2 di laman sendiri pada peringkat kalah mati


Back To Sports Updates

Wira penalti Marcus Rashford melengkapkan malam gemilang buat Manchester United, meledak gol pada masa kecederaan untuk menang 3-1 ke atas Paris Saint-Germain awal pagi tadi dan membantu kelab Inggeris itu ke suku akhir Liga Juara-Juara menerusi gol di tempat lawan.

United muncul pasukan pertama mengatasi defisit 0-2 di laman sendiri pada peringkat kalah mati pertandingan itu dan Rashford mengatasi perasaan gemuruh untuk menyempurnakan sepakan penalti sulungnya bersama kelab Liga Perdana itu.

“Saya perlu menenangkan diri. Ini perkara yang anda berlatih setiap hari. Saya mahu mengambilnya... kami mendapat gol dan kami mara,” kata Rashford kepada BT Sport.

“Ia mungkin perkara paling sukar, menunggu masa untuk mengambilnya tapi ia sebahagian daripada permainan ini, anda mahu melepasi saat itu dengan kejayaan,” katanya.

Rakan serangan Rashford, Romelu Lukaku meledak dua gol pada babak pertama untuk mencetus peluang buat United dan pemain kebangsaan Belgium itu berkata, gandingan mantap mereka satu daripada kunci kemenangan itu.

“Kami yakin sehari sebelum perlawanan. Saya dan Marcus, kami tahu kami boleh melakukannya hari ini dan kami bermain di bahagian serangan, seronok bermain di sampingnya dan kami menjaringkan gol, jadi kami gembira,” kata Lukaku.

Selepas menyaksikan nasib mereka berubah sejak Ole Gunnar Solskjaer mengambil alih sebagai pengurus sementara daripada Jose Mourinho Disember lalu, Rashford yakin United masih boleh meningkat.

“Segala-galanya dilihat tidak menyebelahi kami, tapi kami sudah biasa dengan saat sebegini dan hari ini sekali lagi ia terbukti. Kami perlu mengorak langkah selepas perlawanan ini tapi sudah tentu kami masih boleh meningkat, memperbaiki permainan secara sepasukan,” ujar Rashford.

Sumber: Harian Metro