WHAT'S NEXT

CATS POWER PLAY

10.00pm - 12.00am

ABDUL JALIL BIMBING SKUAD NGAP SAYOT?

Sumber memberitahu jurulatih yang pernah membimbing Sarawak pada 2001 ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan Piala FA


Back To Sports Updates

MIRI: Susulan tindakan drastik Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) merehatkan Ketua Jurulatih Sarawak, Mohd Farhan Abdullah terdapat khabar angin mengaitkan tanggungjawab itu akan digalas oleh jurulatih skuad Piala Presiden Sarawak, Abdul Jalil Ramli.

Abdul Jalil ketika ini sedang membimbing skuad Sarawak B Piala Presiden 2019 dibantu oleh penolongnya, Pengeran Bala.

Sumber memberitahu jurulatih yang pernah membimbing Sarawak pada 2001 ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan Piala FA itu bakal kembali membimbing Sarawak.

Malah, khabar angin mengaitkan Abdul Jalil akan kembali membawa pasukan elit Sarawak itu juga tular khasnya di laman sosial ‘Facebook’ semalam.

Ramai peminat bola sepak yang mengikuti perkembangan pasukan Sarawak ketika ini rata-rata mahukan Abdul Jalil membimbing semula skuad Ngap Sayot itu.

Bagaimanapun, Naib Presiden FAS Mohd Saif Jubaidi menafikan bahawa Abdul Jalil bakal ditarik FAS untuk membimbing skuad senior Sarawak musim ini.

“Memang ada suara-suara FAS mahukan keringat Abdul Jalil kembali membimbing Sarawak namun keputusan itu belum muktamad,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Mohd Saif berkata, jurulatih berpengalaman lebih 20 tahun itu sebelum ini mahu kekal fokus membimbing skuad Piala Presiden Sarawak 2019 yang dikendalikankanya sejak awal musim ini.

“Abdil Jalil akan fokus kepada skuad Piala Presiden Sarawak 2019 malah beliau bersedia untuk membimbing pasukan senior Sarawak,” katanya.

Sehubungan itu, segala khabar angin mengatakan Abdul Jalil akan mengendalikan semula skuad Sarawak akhirnya sudah terjawab.

Sementara itu, Abdul Jalil ketika dihubungi enggan mengulas lanjut pelantikan beliau sebagai jurulatih skuad senior Sarawak itu.

“Ketika ini, saya masih mempersiap skuad Piala Presiden Sarawak bagi menghadapi perlawanan menentang Kelantan, Rabu ini (esok) pada kempen Piala Presiden 2019,” katanya.

Kelmarin, FAS bertindak drastik merehatkan Mohd Farhan dan penolong jurulatih, David Usop susulan kekalahan memalukan 4-0 Sarawak di tangan pasukan berstatus kelab, UKM FC di Stadium Cheras, Kuala Lumpur malam Sabtu lalu.

Ini adalah kekalahan ketiga berturut-turut skuad Nyap Sayot itu dalam saingan kempen Liga Premier 2019.

Difahamkan, FAS akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk mencari ketua dan penolong jurulatih yang baharu bagi mengisi kekosongan tersebut.

Sumber: Utusan Borneo
oleh Mohamad Norhadie Sahari