WHAT'S NEXT

CATS UJUNG MINGGU

01.00pm - 04.00pm

PENYERANG REAL GAGAL GANTI RONALDO - MODRIC

Barisan penyerang Real Madrid gagal mengisi lompong yang ditinggalkan oleh Cristiano Ronaldo


Back To Sports Updates

MADRID: Barisan penyerang Real Madrid gagal mengisi lompong yang ditinggalkan oleh Cristiano Ronaldo, kata perancang Luka Modric.

Pemain Terbaik Dunia dari Croatia itu menyuarakan kritikan berkenaan menjelang aksi kedua peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara menentang Ajax, awal pagi Rabu ini sambil menambah gergasi Sepanyol itu tidak konsisten memburu jaringan musim ini.

Real gagal menjaringkan gol dan tewas dalam dua aksi ‘Clasico’ menentang Barcelona minggu lalu apabila tersingkir dalam saingan Piala Raja Sepanyol selain ketinggalan 12 mata di belakang seteru utamanya itu.

Situasi berkenaan menyaksikan mengekalkan trofi Liga Juara-Juara menjadi satu-satunya buruan yang realistik dicapai mereka musim ini.

Ronaldo yang juga penjaring terbanyak juara Eropah itu meninggalkan Santiago Bernabeu pada Julai lalu untuk menyertai gergasi Itali, Juventus dengan Real menandatangani penyerang muda, Vinicius Junior dan Mariano Diaz tetapi tiada nama besar bagi menggantikan bintang Portugal itu.

“Kehilangan Cristiano adalah sesuatu yang akan dirasai mana-mana pasukan, untuk mendapat pengganti kepadanya Cristiano adalah hampir mustahil,” kata Modric.

“Berdasarkan apa yang dia lakukan untuk kami dan juga kelab, kami merindui Cristiano. Kelab mahu pemain lain untuk melakukan apa yang dibuatnya, membahagikannya di antara penyerang dan ia bukan mudah.

“Cristiano menjaringkan 50 gol dan kamu tidak mampu untuk mencari seseorang yang boleh menjaringkan gol sebanyak itu pada hari ini. 

“Seseorang daripada kami perlu melangkah ke depan, dan sekali pun tidak menjaringkan 50 gol, apa yang kami mahukan ialah dua atau tiga pemain yang menjaringkan 15, 20 atau 10 gol tetapi kami tidak memilikinya.”

Sumber: Berita Harian