WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

LIVERPOOL BELUM PANIK SELEPAS SERI

Jurgen Klopp menegaskan skuad bimbingannya masih belum terkeluar daripada persaingan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini


Back To Sports Updates

LIVERPOOL 4 Mac - Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan skuad bimbingannya masih belum terkeluar daripada persaingan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas seri tanpa jaringan dengan jiran setempat, Everton awal hari ini.

Walaupun kehilangan takhta liga kepada Manchester City berikutan keputusan terbaharu itu, pengendali dari Jerman ini kekal percaya, anak buahnya mampu menyerap tekanan dalam saingan yang boleh dianggap paling mendebarkan memburu gelaran juara liga dalam tempo beberapa tahun ini.

“Saya tidak perlu memberikan nasihat kepada pemain saya kerana mereka sudah tahu. Mereka bukan budak kecil lagi. Ada kala kita di depan tetapi sekarang sudah ketinggalan hanya satu atau dua mata sahaja.

“Ini baharu awal Mac, jadi siapa peduli itu? Saya percaya seratus peratus dengan peluang kami. Perasaan saya tetap yakin kerana pemain nampak cukup bersedia untuk menghadapi saingan sengit ini,” katanya.

Ketika Liverpool tenang, penyokong Everton bagai meraikan kejayaan besar selepas perlawanan dengan bersorak gembira seperti percaya pasukan mereka sudah berjaya menyekat pasukan jiran daripada menamatkan kemarau 29 tahun untuk meraih kejuaraan liga.

Ini merupakan keputusan seri keempat dicatat Liverpool dalam enam perlawanan terbaharu mereka ketika Everton terus gagal mencipta kemenangan dalam 19 pertemuan kedua-dua pasukan sejak 2010.

Sumber: Utusan Online