WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

CHELSEA BIMBANG BERDEPAN FULHAM

Maurizio Sarri memberi amaran kepada pemainnya untuk menjangkakan reaksi berbeza daripada pasukan diancam penyingkiran


Back To Sports Updates

LONDON: Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri memberi amaran kepada pemainnya untuk menjangkakan reaksi berbeza daripada pasukan diancam penyingkiran, Fulham berikutan pemergian Claudio Ranieri.

Fulham, berkedudukan ke-19 liga, memecat Ranieri daripada jawatan pengurus Khamis lalu selepas keputusan buruk dan melantik Scott Parker sebagai pemangku.

“Biasanya apabila ada perubahan jurulatih, akan ada reaksi. Jadi kami harus menghadapinya,” kata Sarri kepada wartawan awal pagi tadi.

“Kemudian adalah sukar buat kami bersedia menghadapi perlawanan itu dan mengetahui sistem baharu permainan dan idea. Mereka juga ada peluang untuk menyelamatkan diri, jadi kami akan bermain perlawanan yang sukar, pertembungan tetangga.”

Pertembungan esok ialah yang ketiga buat Chelsea dalam lapan hari selepas kekalahan menerusi sepakan penalti dalam final Piala Liga oleh Manchester City dan kemenangan Rabu lalu mengatasi Tottenham Hotspur.

“Untuk Ahad, kami sudah bermain selama 130 minit dan 95 minit pada Rabu. Jadi kami perlu melihat kepada pemulihan kerana kami berlari 15 kilometer pada Ahad secara purata, dan purata untuk perlawanan terakhir ialah 12km,” kata Sarri.

Sarri berkata penyerang Gonzalo Higuain perlu meningkatkan kecergasannya untuk kembali mendapatkan kembali jaringan sambil mengingati kembali prestasi pemain Argentina itu di Napoli di bawah pengurusannya dengan menyamai rekod Serie A dengan 36 gol pada musim 2015-16.

“Dia (Higuain) perlu lebih pantas kerana dia lebih banyak bertahan, contohnya tanpa kepantasan yang dimilikinya di Naples,” Sarri said.

“Dia perlu memperbaiki keadaan fizikalnya, terutama ketika mencari kepantasan, selepas itu dia tentu saja boleh menjaringkan gol.”

Sumber: Berita Harian