WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

LIVERPOOL SEMAKIN LENGKAP

Jurgen Klopp sudah melihat impian Liverpool untuk meraih gelaran mendapat tonik tambahan daripada sumber tidak disangka


Back To Sports Updates

LIVERPOOL: Jurgen Klopp sudah melihat impian Liverpool untuk meraih gelaran mendapat tonik tambahan daripada sumber tidak disangka menjelang pertembungan dengan tetangga Merseyside, Everton awal pagi Isnin ini.

Pendahulu Liga Perdana itu berdepan tekanan pada saingan di laman sendiri Rabu lalu berdepan Watford selepas prestasi terbaik ditampilkan pencabar terdekat mereka, Manchester City.

Namun skuad Liverpool yang mencari gelaran liga pertama dalam 29 tahun melalui ujian dengan baik apabila menang besar 5-0 yang meletakkan mereka satu mata di depan pasukan tangga kedua, Manchester City.

Bagaimanapun ketika barisan tiga serangan Liverpool - Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino sudah meraih pelbagai kejayaan sejak dua musim lalu, sebenarnya pertahanan Klopp yang menghadiahkan kemenangan itu.

Trent Alexander-Arnold dan Andy Robertson memberikan bantuan untuk gol dalam semua lima jaringan di Anfield, dengan Alexander-Arnold memberikan dua hantaran lintang buat Mane dan tandukan yang disempurnakan Virgil van Dijk.

Ia adalah petunjuk bahawa musim cemerlang sedang dicipta di kedua-dua bahagian selain evolusi permainan Liverpool secara keseluruhan.

“Ia penting. Itu adalah bola sepak moden,” kata Klopp.

“Jika anda tanya budak kecil ‘apa posisi kegemaran awak?’ Saya tidak rasa ramai antara mereka mahu menjadi pertahanan sepenuhnya!’

“Namun bola sepak sudah berubah. Mereka menjadi lebih penting. Saya sendiri seorang pertahanan dalam karier saya, ia tampak sangat berbeza berbanding apa yang mereka lakukan ketika ini.

“Tapi sekurang-kurangnya saya tahu apa yang boleh dilakukan; anda perlu sangat kuat di pertahanan, tetapi di bahagian lain, banyak pasukan menggunakan sayap untuk pertahanan melakukan serangan.”

Sumber: Berita Harian