WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

THE REDS HARUS BELAJAR TANGANI TEKANAN: KLOPP

Jurgen Klopp, mengakui pasukannya harus belajar menangani tekanan ketika berdepan saingan sengit kejuaraan liga


Back To Sports Updates

MANCHESTER, England: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, mengakui pasukannya harus belajar menangani tekanan ketika berdepan saingan sengit kejuaraan liga selepas seri tanpa jaringan di Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

Liverpool mensia-siakan peluang untuk berada tiga mata di hadapan City di singahsana liga selepas diikat tanpa jaringan oleh seteru lamanya.

Liverpool kini hanya memiliki kelebihan satu mata berbanding City tetapi sekarang sudah terikat jumlah perlawanan (27) dengan City.

Pada satu perlawanan yang kurang peluang di Old Trafford, United kehilangan tiga pemain dalam tempoh 42 minit, kali pertama sebuah pasukan Liga Perdana yang terpaksa menukar tiga pemain dalam separuh masa pertama dalam tempoh empat tahun.

Tetapi Liverpool gagal mengambil sepenuh peluang, terutama sekali selepas pemainnya, Roberto Firmino juga terpaksa dikeluarkan selepas 30 minit permainan kerana kecederaan, satu kehilangan yang jelas memberi kesan kepada gandingan serangan Mohamed Salah dan Sadio Mane.

“Sudah tentu ada tekanan tetapi dari pandangan saya, ia adalah sesuatu yang positif,” kata Klopp.

“Ia adalah tekanan tetapi saya tidak perlu bermain, saya hanya duduk di sini dan berkata sesuatu yang bodoh, ia mudah!

“Pemain harus belajar dalam situasi ini dan satu-satu cara kami boleh melakukannya ialah dengan kesungguhan.

“Hari ini kami terpaksa bersaing dan kami tidak melakukan apa yang seharusnya kami lakukan. Anda boleh berkata ia bukan kelas permainan yang kami harapkan tetapi kami tahu di mana kedudukan kami sebelum ini dan kedudukan sekarang ini.”

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer kini berasa bimbang dengan skuadnya untuk perlawanan pertengahan musim – berkunjung ke Crystal Palace Rabu ini – selepas Anthony Martial dan Nemanja Matic gagal ujian kecergasan sebelum perlawanan.

Ketika separuh masa pertama semakin berlarutan, Ander Herrera, Juan Mata dan pemain gantian, Jesse Lingard terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan hamstring sementara Marcus Rashford bermain hampir sepanjang perlawanan dengan kesakitan di buku lali selepas dikasari Jordan Henderson di awal permainan.

“Saya fikir anda tidak dapat berkata ‘disasar’ tetapi anda boleh berkata sememangnya ada kerap kekasaran ke atas beliau,” kata Solskjaer apabila ditanya jika Liverpool mempunyai misi ‘mengawal’ Rashford.

Sumber: Utusan Borneo