WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

LIVERPOOL KEMBALI RAMPAS TAKHTA LIGA

Liverpool kembali melonjak ke persada Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun sekadar terikat 0-0 dengan Manchester United


Back To Sports Updates

MANCHESTER, United Kingdom: Liverpool kembali melonjak ke persada Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun sekadar terikat 0-0 dengan Manchester United pada saingan di Old Trafford, sebentar tadi.

Pasukan kendalian Juergen Klopp itu kini mengumpul 66 mata daripada 27 perlawanan manakala pasukan tangga kedua Manchester City, yang bertemu Chelsea pada final Piala Liga Inggeris sebentar lagi, meraih 65 mata daripada jumlah perlawanan sama.

Ketika satu mata itu bermakna, Liverpool mempunyai peluang untuk menjulang kejuaraan – dengan berbaki 11 perlawanan – mereka pasti kecewa tidak mengambil kesempatan berdepan United yang dibelenggu kecederaan.

Sesudah kehilangan pemain tengah bertahan, Nemanja Matic kerana kecederaan sebelum perlawanan, pemain tengah Sepanyol, Ander Herrera dikeluarkan pada minit ke-20 manakala Juan Mata digantikan oleh Jesse Lingard lima minit kemudian.

Namun Lingard gagal menamatkan aksi hingga babak pertama berakhir apabila dia dilihat mengalami kecederaan hamstring berulang dan terhincut-hincut sebelum digantikan oleh Alexis Sanchez.

Selain tiga kecederaan United, Liverpool turut kehilangan penyerang dari Brazil, Roberto Firmino kerana kekejangan otot.

Selepas babak pertama yang hambar, kedua-dua pasukan gagal memperagakan kehebatan sebenar pada perlawanan yang sungguh mengecewakan itu.

Sumber: Berita Harian