WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

ATLET PELAYARAN SARAWAK PAMER AKSI MEMBANGGAKAN PADA ACARA DI LANGKAWI

Darron Chin menerima piala kemenangan setelah berjaya mendapat tempat kedua dalam acara RS One


Back To Sports Updates

MIRI: Atlet pelayaran Darron Chin Hui Jie berjaya membawa balik pingat kemenangan dengan mendapat tempat kedua dalam acara RS One Kejohanan 16th KFC-Langkawi International Regatta Perdana & ASAF Sailing Cup.

Kejohanan yang diadakan di National Sailing Training Centre Langkawi itu diadakan bermula pada 14 hingga 17 Februari lalu.

Sementara itu, seorang lagi atlet pelayaran Eric Owen Tan yang masih menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph Miri menduduki tempat ketiga dalam acara Laser 4.7.

Seramai 11 orang atlet pelayaran Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) menyertai kejohanan kali ini.

Selain disertai atlet dari Semenanjung Malaysia, kejohanan tersebut turut disertai lebih 300 atlet dari negara jiran seperi Singapura, Bahrin, India, Thailan, Korea, China dan Brunei.

Hadir sama pada kejohanan berkenaan ialah Pegawai PSS Diomera Darniati Oscar, Ketua Jurulatih Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) Hamdan Yahya dan jurulatih bersama Jamil Ali.

PSS mempelopori aktiviti pelayaran melalui penglibatannya dalam Persatuan Pelayaran Negeri Sarawak (SASA) dan MSNS.

Program latihan di bawah jurulatih MSNS bertempat di Marina Bay, di sini pada jam 3 petang pada waktu persekolahan dan jam 10.30 pagi pada hujung minggu.

Sumber: Utusan Borneo