WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

MALAYSIA TEWAS KEPADA KEMBOJA

Kesebelasan utama skuad kebangsaan ketika menentang Kemboja dalam aksi pembukaan Piala AFF B-22 2019 di Stadium Nasional, Phnom Penh


Back To Sports Updates

Malaysia berdepan mimpi ngeri dalam aksi pembukaan Piala AFF bawah 22 tahun (B-22) apabila tewas kepada Kemboja dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B di Stadium Nasional, Phnom Penh, sebentar tadi.

Rentak Malaysia mula terganggu pada minit ke-59 apabila pemain tengah negara, Danial Haqim Draman dibuang padang selepas mengutip dua kad kuning gara-gara mengangkat kaki tinggi yang terkena muka pemain lawan.

Tiga minit kemudian, sepakan bebas dari jarak jauh pemain pertahanan tuan rumah, Sath Rosib berjaya menewaskan penjaga gol negara, Haziq Nadzli.

Kekalahan tersebut menyebabkan Malaysia, yang juga menjadi pasukan pilihan untuk melepasi peringkat kumpulan, terpelosok ke tangga tercorot.

Kemboja kini unggul di tangga teratas dengan pungutan tiga mata, manakala Indonesia dan Myanmar masing-masing berkongsi satu mata selepas mereka terikat 1-1 dalam satu lagi aksi awal di Stadium Nasional.

Sumber: Utusan Online